Friday, May 22, 2020

Salam Aidilfitri 1441H


Read more...

Cabaran Timbang Bola di Rumah Peringkat SK Padang Terap 2020

KN Kiara Football Club & Akademi Bola Sepak SKPT akan mengadakan pertandingan "CABARAN TIMBANG BOLA DI RUMAH" SIRI 1 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TERAP. SIRI 1 mulai 28 Mei 2020 KATEGORI PERTANDINGAN :- a) Kategori Bawah 12 (Tahun 6) b) Kategori Bawah 11 (Tahun 5) c) Kategori Bawah 10 (Tahun 3&4) SYARAT BILANGAN TIMBANGAN MINIMA Bawah 12 = 10 timbangan ke atas Bawah 11&10 = 8 timbangan ke atas
Anda perlu merakam Video Timbangan Anda dan hantar rakaman video tersebut ke Group Wasap (akan dimaklumkan kemudian).
Hadiah Untuk Siri 1 :- JOHAN = Duit Raya RM10 + Medal + Sijil NAIB JOHAN = Duit Raya RM5 + Medal + Sijil KETIGA = Duit Raya RM3 + Medal + Sijil #DudukRumah #CabaranTimbangBolaSKPT

Read more...

Thursday, May 21, 2020

"VOTING CUP" Bola Sepak B12 Daerah Padang Terap 2020

Memandangkan Tahun 2020 ini negara kita dilanda serangan Covid-19, kemungkinan segala jenis sukan di peringkat MSSD, MSSK dan MSSM akan batalkan.. untuk itu Pihak Kelab Bola Sepak KN Kiara berusaha untuk mewujudkan Kejohanan "VOTING CUP" BOLA SEPAK B12 DAERAH PADANG TERAP 2020.

Semua peminat bola sepak Daerah Padang Terap akan membuat undian untuk memilih pasukan Kegemaran Anda @ Pasukan Yang Hebat untuk layak kepusingan seterusnya.

Pasukan yang layak ke Peringkat Akhir bakal menerima Piala "VOTING CUP" dan Cenderahati dari pihak Kelab Bola Sepak KN Kiara.

HADIAH :
JOHAN : Piala Johan "Voting Cup" 2020, Bola Sepak (2 Biji) & Sijil Pemenang
NAIB JOHAN : Cenderahati "Voting Cup" 2020, Bola Sepak (1 Biji) & Sijil Pemenang

Link Undian ramai akan dikeluarkan pada Jun 2020 di Page Facebook KN KIARA FOOTBALL CLUB (www.facebook.com/knkiarafootballclub)

JOM LIKE PAGE KN KIARA FOOTBALL CLUB

Read more...

Monday, April 6, 2020

Players Profile DNA

Player's Position :-
- The Goalkeeper (No. 1)
- Full-Backs L&R (No. 2 & 3)
- Central Defenders (No. 4 & 5)
- Defensive Midfielders (No. 6)
- Midfielders (No. 7 & 8)
- Attackers / Strikers (No. 9 & 11)
- The Strategist (No. 10)


Read more...

Thursday, April 2, 2020

PROGRAM LATIHAN BOLA SEPAK (B12) DAERAH PADANG TERAP

Program Latihan Bola Sepak Bawah 12 Daerah Padang Terap ini adalah satu program pembangunan jangka panjang yang diwujudkan hasil kerjasama KN Kiara Football Club dengan Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap bagi mengcungkil bakat-bakat baru bola sepak untuk digilap dan diketengahkan keperingkat yang lebih tinggi bagi membantu memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap

MATLAMAT PROGRAM
Mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatkan kuantiti dan kualiti pemain dalam memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap Khususnya

Di samping itu program ini dapat mencungkil bakat–bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya. Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti pasukan dari Daerah Padang Terap mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di peringkat Negeri dan Kebangsaan.

SASARAN
Pemain berbakat yang dipi;ih yang berumur bawah 12 Tahun dari seluruh sekolah di dalam Daerah Padang Terap

PERLAKSANAAN PROGRAM
- Program Latihan Daerah akan diadakan setiap minggu pada hari sabtu.
- Masa Latihan pukul 8.30 pagi – hingga 11.00 pagi
- Tempat latihan dicadang kan di SK Tunku Abdul Rahman Putra dan SK Kuala Nerang.
- Sesi Latihan dijayakan setiap minggu oleh para guru iaitu Jurulatih Bola Sepak Sekolah Rendah yang berpengalaman, bertauliah & Komited dalam sukan bola sepak.

Pihak Kelab berharap program pembangunan yang dirancang ini ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dalam tempoh masa yang panjang. Oleh itu pihak kami berharap semua pihak yang dapat memberi sokongan dalam menjayakan program pembangunan ini, seterusnya menjadikan Daerah Padang Terap sebuah daerah yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti.

Sumbangan untuk program pembangunan :-
Nama Kelab : KN KIARA FOOTBALL CLUB
Nombor akaun : 3210 0657 10
Nama Bank : PUBLIC BANK BERHAD
Alamat bank : POKOK SENA, KEDAH

Read more...

Pemilihan Pemain Bola Sepak B12 & B11 Padang Terap Program Pembangunan Bola Sepak Mssd Padang Terap

Sesi pemilihan pemain Bola Sepak B12 & B11 Padang Terap bagi Program Pembangunan Bola Sepak Mssd Padang Terap telah diadakan pada :-

Tarikh : 22 Februari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 10.30 Pagi
Tempat : SK Padang Terap

Seramai 75 orang pemain dari seluruh Daerah Padang Terap turun untuk sesi pemilihan kali ini.

Seramai 44 orang pemain berbakat telah terpilih dalam sesi pemilihan ini. Kesemua 44 orang pemain ini bakal menyertai PROGRAM LATIHAN BOLA SEPAK (B12) DAERAH PADANG TERAP yang akan mula dilaksanankan pada 29 Februari 2020. Sesi latihan program ini dijalankan setiap minggu iaitu setiap hari sabtu jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi di SKTARP.
Sesi latihan akan dilaksanakan oleh para guru & jurulatih bola sepak sekolah rendah yang berpengalaman dan komited dalam sukan bola sepak di Padang Terap.

Program ini adalah kerjasama KN Kiara Football Club dengan PPD Padang Terap bagi mewujudkan program pembangunan yang lebih berkesan untuk tempoh yang panjang.

Read more...

Sunday, March 29, 2020

Undian Bola Sepak MSSD Padang Terap 2020 (B12, B15 & B18)

Tarikh Kejohanan Bola Sepak MSSD Padang Terap 2020 bergantung kepada perubahan semasa.


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP