Tuesday, June 23, 2020

Toturial Cara Pendaftaran Badan Sukan Secara Online



Video Toturial ini menerangkan langkah-langkah bagaimana untuk mendaftar sebagai sebuah badan sukan yang sah di laman web Sistem Pengurusan Badan Sukan (eROSA).

Semoga video tutorial ini dapat membantu para rakan-rakan penggait sukan untuk mendaftar badan sukan anda sebagi sebuah badan sukan yang sah.

Sebelum mendaftar secara online pihak persatuan/kelab menyediakan beberapa perkara & menyiapkan dokumen keperluan, iaitu antaranya :-

a) Perlu mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penaja
- Melantik Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan/Kelab
- Menyiapkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penaja.

b) Draf Perlembagaan Persatuan / Kelab (dibentang & dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Penaja)

c) Surat kebenaran menggunakan alamat Badan Sukan, sekiranya kita menggunakan sekolah sebagai alamat badan sukan kita.

d) Maklumat Peribadi setiap Ahli Jawatankuasa yang dilantik.
- Nama. No. KP, Alamat, Pekerjaan, No Telefon. Tempat Lahir, Pekerjaan, Nama Majikan, Alamat Majikan dan lain-lain.

Semua Dokumen di atas rakan-kan boleh muat turun pada blog KN KIARA FOOTBALL CLUB (www.knkiarafc.blogspot.com)


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP