Thursday, April 2, 2020

Pemilihan Pemain Bola Sepak B12 & B11 Padang Terap Program Pembangunan Bola Sepak Mssd Padang Terap

Sesi pemilihan pemain Bola Sepak B12 & B11 Padang Terap bagi Program Pembangunan Bola Sepak Mssd Padang Terap telah diadakan pada :-

Tarikh : 22 Februari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 10.30 Pagi
Tempat : SK Padang Terap

Seramai 75 orang pemain dari seluruh Daerah Padang Terap turun untuk sesi pemilihan kali ini.

Seramai 44 orang pemain berbakat telah terpilih dalam sesi pemilihan ini. Kesemua 44 orang pemain ini bakal menyertai PROGRAM LATIHAN BOLA SEPAK (B12) DAERAH PADANG TERAP yang akan mula dilaksanankan pada 29 Februari 2020. Sesi latihan program ini dijalankan setiap minggu iaitu setiap hari sabtu jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi di SKTARP.
Sesi latihan akan dilaksanakan oleh para guru & jurulatih bola sepak sekolah rendah yang berpengalaman dan komited dalam sukan bola sepak di Padang Terap.

Program ini adalah kerjasama KN Kiara Football Club dengan PPD Padang Terap bagi mewujudkan program pembangunan yang lebih berkesan untuk tempoh yang panjang.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP