Thursday, September 10, 2026

U12 NBA CHALLENGE CUP 2024" (SCHOOL BASED)

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 "U12 NBA CHALLENGE CUP 2024" (SCHOOL BASED)
Anjuran : KN KIara FC & SK Padang Terap 

Tarikh : 7 Mac 2024 (Khamis)
Tempat : SK Padang Terap 

Pasukan SK Pengkalan Jaya dari Tasek Gelugor Pulau Pinang telah muncul juara Kejohanan Bola Sepak B12 "U12 NBA CHALLENGE CUP 2024". Dengan mengumpul 16 mata hasil dari 5 kemenangan dan 1 seri, SK Pengkalan Jaya berjaya memintas SK Taman Uda (Alor Setar) yang berjaya mendapat Naib Johan dengan mengumpul 15 mata.

Pemain terbaik Kejohanan disandang oleh Amirul Hakim dari SK Pengkalan Jaya.

Terima kasih kepada semua pasukan yang sudi menyertai kejohanan pada kali ini, dan terima kasih kepada SK Padang terap & JK Penganjur atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

Read more...

Perlawanan Bola Sepak Veteran Piala Presiden KN Kiara FC 2024

PERLAWANAN BOLA SEPAK VETERAN
PIALA PRESIDEN KN KIARA FC 2024
Sempane Lawatan Ukhwah Pasukan PSKPP Hulu Selangor ke Padang Terap. 

VETERAN PSKPP PADANG TERAP vs VETERAN PSKPP HULU SELANGOR
Tarikh : 3 Februari 2024 (Sabtu)
Masa : 5.00 ptg
Tempat : Stadium Mini Padang Terap 

Anjuran : KN KIARA FC & NBA Explorer Supplier

Read more...

Perjanjian Kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak MSSD Padang Terap & KN Kiara Football CLub.

Perjanjian Kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah Padang Terap diantara KN Kiara Football Club & MSSD Padang Terap.

Majlis diadakan pada 16 September 2023 lalu bertempat di Stadium Mini Padang Terap, diantara pihak MSSD Padang Terap En. Jafri bin Din, selaku Pengerusi MSSD Padang Terap, dengan Pihak KN Kiara FC En. Mohamed Faisal bin Abdullah, selaku Presiden KN Kiara Football Club.

Turut bersama menyaksikan program perjanjian kerjasama adalah :-

Encik Azmin bin Zainol Abidin AMK., BCK. Pegawai Daerah Padang Terap, merangkap Pengerusi Majlis Sukan Daerah Padang Terap. Mohd Farizan bin Mat Arshad (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap), En. Norman bin Hassan Ludin (Penasihat KN Kiara Football Club), Hafifuddin bin Abd Hamid (Setiausaha Majlis Sukan Daerah Padang Terap), En Yusri Shah bin Yaacob (Setiausaha KN Kiara FC) dan Mohd Zubir bin Budin (Bendahari KN Kiara FC)

Pihak KN Kiara Football Club selaku Rakan Pembangunan Bola Sepak MSSD Padang Terap akan berusaha untuk membantu pihak MSSD Padang Terap untuk melaksanakan program pembangunan bola sepak di Daerah Padang Terap untuk kategori umur Bawah 12, Bawah 15 & Bawah 18 tahun. Salah satu program yang telah dirancang adalah Program “Tunas Bintang Padang Terap” yang akan menghimpunkan pemain-pemain terbaik dalam Daerah Padang Terap.

Pihak KN Kiara Football Club akan cuba mengadakan lebih banyak perlawanan-perlawanan persahabatan dan kejohanan bagi memberi pendedahan kepada pemain-pemain MSSD Padang Terap sebagai persiapan untuk menghadapai Kejohanan Bola Sepak MSSK 2024. 

Pihak kelab akan berusaha untuk mencari Dana Program bagi mewujudkan dan menjayakan Segala program pembangunan dan kejohanan yang telah dirancangkan. InsyaAllah
Kerjasama para Individu & NGO serta pihak  swasta sangat diharapkan dalam usaha memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap.

Read more...

Perlawanan Persahabatan KN KIARA FC vs SPORT WARRIOR SG. KOB FC

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK 
(BAWAH 14 & BAWAH 16)
Tarikh : 23 Disember 2023 (Sabtu)
Masa : 8.30 - 11.00 pagi
Tempat : Stadium Mini Padang Terap 

U14 KN KIARA FC vs U14 SPORT WARRIOR SG. KOB FC
Masa : 8.30 pagi

U16 KN KIARA FC vs U16 SPORT WARRIOR SG. KOB FC
Masa : 9.45 pagi

Terima kasih kepada Sport Warrior Sg. Kob Kulim atas kesudian untuk bertandang ke Stadium Mini Padang Terap bagi mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak dengan pasukan KN Kiara Football Club.

Read more...

Skuad U20 KN KIARA FC muncul JUARA Kejohanan Bola Sepak Bawah 20 Tahun Piala Pegawai Daerah Padang Terap 2023


KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 20 TAHUN PIALA PEGAWAI DAERAH PADANG TERAP 2023
Tarikh : 18 November 2023 (Sabtu)
Tempat : Stadium Mini Padang Terap 
Anjuran : Majlis Sukan Daerah Padang Terap & KN Kiara Football Club

Johan : KN KIARA FC
Naib Johan : SSJ FC
Ketiga : KOKTANG FC & FC PEQEDU




Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP