Sunday, December 27, 2020

Keputusan penuh Kejohanan Bola Sepak B11 Terbuka Negeri Kedah 2020

 

Tahniah buat pasukan Puteri Jaya FC kerana telah muncul Johan Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Terbuka Negeri Kedah 2020. Puteri Jaya FC berjaya menundukkan pasukan Kenari Kid Jitra (U10) pada perlawanan akhir dengan jaringan 1-0.


Read more...

Saturday, December 26, 2020

Undian Kumpulan Kejohanan Bola Sepak B11 Terbuka Negeri Kedah 2020

 


Read more...

Friday, December 18, 2020

Kejohanan Bola Sepak B11 Terbuka Negeri Kedah 2020

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11 TERBUKA NEGERI KEDAH 2020.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Bolasepak KN Kiara (KN Kiara Football Club).

TARIKH : 27 Disember 2020 (Ahad)
TEMPAT : Stadium Mini Kuala Nerang

HADIAH-HADIAH KEJOHANAN
Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut: 
JOHAN ‐ Piala Kejohanan, Piala Iringan, Tunai RM600, Medal & Sijil 
NAIB JOHAN = Piala Iringan, Tunai RM400, Medal & Sijil
KETIGA BERSAMA = RM200, Medal & Sijil

SYARAT PENYERTAAN 
i. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang BERUMUR 11 TAHUN KE BAWAH (lahir pada atau selepas tahun 2009). 
ii. Terbuka kepada kelab/pasukan di dalam Negeri Kedah sahaja kecuali kawasan Zon Merah PKPD. Penyertaan terhad kepada 16 buah pasukan sahaja.
iii. Setiap pasukan hendaklah mendaftar seramai 9 orang pemain utama dan 3 pemain simpanan, serta 3 orang pegawai pasukan. 
iv. Setiap pasukan perlu membawa bersama Salinan Surat Beranak / My Kid bagi setiap pemain yang didaftarkan.

YURAN PERTANDINGAN
Setiap pasukan yang mengambil bahagian dikehendaki menyumbangkan yuran pertandingan sebanyak RM 150.00

MUAT TURUN



Read more...

Saturday, December 12, 2020

Isu nama MINI STADIUM FFIRA MIKAH, KUALA NERANG

Kelab Bolasepak KN Kiara (No. Pendaftaran : C-KDH-08606) diberi kepercayaan untuk menguruskan dan menyelenggara Mini Stadium FFRIRA MIKAH KUALA NERANG mulai 1 Disember 2020. Majlis Penyerahan Mini Stadium oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada pihak KN Kiara Football Club diadakan pada 7 Disember 2020 lalu. Mini Stadium ini adalah milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan disewakan kepada pihak KN Kiara Football Club bagi tujuan menjalankan program pembangunan bola sepak akar umbi serta pelbagai aktiviti sukan bola sepak.

Soal NAMA Mini Stadium FFIRA MIKAH & urusan menaiktaraf Mini Stadium tersebut adalah urusan Pihak PBT. Pihak KN KIARA FOOTBAL CLUB sebagai PENYEWA hanya menerima AMANAH dari PBT untuk menguruskan MINI STADIUM FFIRA MIKAH tersebut.

Nama MINI STADIUM FFIRA MIKAH yang pelik ini telah di VIRAL seluruh malaysia dan mendapat kecaman dan kutukan dari netizen seluruh Malaysia. Turut di viral oleh Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia yang mempunyai lebih setengah juta folower. 

Posting berkaitan Majlis Penyerahan MINI STADIUM FFIRA MIKAH pada Page Facebook KN KIARA Football Club juga menjadi perhatian Netizen setelah di SHARE oleh Fb Tentera Troll Kebangsaan Malaysia. Kini (12.12.2020 6:16 PM) Posting pada Page KN Kiara Football Club telah di SHARE lebih dari 80 individu di facebook.

Kini Signboard Nama MINI STADIUM FFIRA MIKAH telah DIGUGURKAN dari Mini Stadium tersebut oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 12.12.2020 04:00PM, Sehubungan itu KN Kiara Football Club selaku PENYEWA Stadium Mini tersebut juga MEMUTUSKAN untuk TIDAK menggunakan nama tersebut untuk apa-apa tujuan dan promosi. Buat sementara pihak kami menyebut sebagai STADIUM MINI KUALA NERANG sehingga mendapat MAKLUMAN TERKINI dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pihak KN KIARA FOOTBALL CLUB adalah PENYEWA mini stadium tersebut, dan pihak kami menerima seadanya apa-apa NAMA BARU Mini Stadium selepas ini. Moga NAMA Stadium Mini itu nanti akan lebih bercirikan Kawasan KUALA NERANG & Daerah PADANG TERAP (sekadar cadangan).

Cuma dari satu sudut yang POSITIF :-
Bukan senag nak memPROMOSIkan pekan terpencil seperti KUALA NERANG & sebuah kelab bola sepak KN KIARA FOOTBALL CLUB. Isu NAMA ini telah memPOPULARkan nama pekan kecil KUALA NERANG ini dan mempopularkan Kelab akar umbi bola sepak iaitu KN KIARA FOOTBAL CLUB yang sentiasa berusaha mencari Dana dalam mewujudkan program pembangunan bola sepak di Daerah Padang Terap.

Sekian.

Read more...

Thursday, December 10, 2020

Sesi Pemilihan Pemain Program TUNAS BINTANG PADANG TERAP


Sesi Pemilihan Pemain PROGRAM TUNAS BINTANG PADANG TERAP 2021 akan diadakan pada :-
Tarikh : 12 DISEMBER 2020
Hari : SABTU
Masa : 8.30 pg - 11.00 pg
Tempat : Mini Stadium Ffira Mikah, Kuala Nerang, Kedah

Semua pemain berbakat yang BERUMUR 10 & 11 TAHUN SHJ (2020) dijemput untuk sesi pemilihan ini.

Pemilihan terbuka untuk pemain yang BERSEKOLAH di Dalam Daerah Padang Terap sahaja.

Arahan Pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) berkaitan SOP yang perlu dipatuhi, iaitu waris TIDAK DIBENARKAN berada di Kawasan Astaka & Kawasan Mini Stadium. Kelulusan dari Pihak MKN program perlu dilaksanakan tanpa Kehadiran PENONTON.

Dikelolakan oleh :
KN KIARA FOOTBALL CLUB
www.knkiarafc.blogspot.com
KN KIARA Football Club

Read more...

Program TUNAS BINTANG PADANG TERAP 2021

PENGENALAN
Dalam sejarah bola sepak moden, terdapat beberapa faktor utama yang menjadi pemangkin kepada kejayaan program pembangunan bola sepak di sesebuah negara. Antaranya ialah persekitaran semula jadi sukan (natural sport surrounding) yang wujud dalam satu masyarakat yang kemudiannya dioptimumkan melalui program pembangunan bola sepak.
Program TUNAS BINTANG PADANG TERAP ini merupakan sebuah program pembangunan akar umbi di Daerah Padang Terap. Kelab Bola Sepak KN Kiara akan berkerjasama dan berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Daerah Padang Terap (PBSDPT), Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Padang Terap, Masjlis Sukan Daerah Padang Terap, Pejabat Parlimen Padang Terap dan Pejabat ADUN Kuala Nerang bagi bersama-sama membantu menjayakan program yang dirancang ini.
Program TUNAS BINTANG PADANG TERAP ini menghimpunkan pemain-pemain berbakat bawah 12 Tahun dari seluruh Daerah Padang Terap. Para pemain akan menjalani latihan selama 3 hari seminggu oleh para jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman.
Diharapkan Program TUNAS BINTANG PADANG TERAP dapat melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan diperingkat MSSK dan peringkat yang lebih tinggi dalam membantu sukan bola sepak negara dalam melahirkan pemain bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Daerah Padang Terap sebuah daerah yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti.

MATLAMAT
Mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatkan kuantiti dan kualiti pemain dalam memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap Khususnya.  
Di samping itu  program ini dapat mencungkil bakat–bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya. Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti pasukan dari Daerah Padang Terap mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di peringkat Negeri dan Kebangsaan.

SASARAN PEMAIN
- Pemain yang berumur dari 9 hingga 12 Tahun di dalam Daerah Padang Terap
- Mensasarkan 60 Pemain berbakat yang dipilih dari seluruh sekolah di dalam Daerah Padang Terap.

PERLAKSANAAN PROGRAM 
- Program Latihan Tunas Bintang Padang Terap akan diadakan 3 kali seminggu pada hari Khamis , Jumaat & sabtu.
- Masa Latihan :-
      : 8.30 pagi – hingga 11.00 pagi (Jamaat & Sabtu)
: 5.00 petang  – 7.00 petang (Hari Khamis) “Match Day”

PENGURUSAN & PERLAKSANAAN PROGRAM
Pengurusan & perlaksanaan Program TUNAS BINTANG PADAN TERAP akan uruskan oleh pihak KELAB BOLASEPAK KN KIARA. Kelab Bolasepak KN Kiara adalah sebuah badan sukan yang sah berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

SUMBANGAN DANA PROGRAM
Sumbangan dana Program TUNAS BINTANG PADANG TERAP boleh disalurkan melalui akaun Kelab Bolasepak KN Kiara. Setiap sumbangan akan diberikan resit rasmi dan sijil penghargaan.
Maklumat Akaun Kelab : KN KIARA FOOTBALL CLUB
Nombor akaun : 3210 0657 10 
Nama Bank : PUBLIC BANK POKOK SENA 



Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP