Thursday, November 11, 2021

Peluang untuk Belajar (Sijil/Diploma) serta bermain Bola Sepak di Cyberlynx International College

Pihak Cyberlynx telah membuat perjanjian kerjasama dengan KN Kiara Football Club bagi Program Pelajar Atlit di Cyberlynx International College.

Program Pelajar Atlit di Cyberlynx ini memberi peluang kepada Anak-anak Padang Terap yang berbakat dalam Bola sepak iaitu Lepasan SPM yang berumur 18 – 23 tahun untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma disamping mengikuti latihan bola sepak di Akademi Bolasepak Cyberlynx selama 2 tahun setengah.

Pengajian di  Cyberlynx memberi peluang untuk anak-anak muda mengembangkan potensi Akademik & potensi Sukan Bola sepak. Pihak kolej menyediakan Latihan & Platform Profesional dalam bola sepak untuk pelajar secara serius.

Kelebihan Cyberlynx :-
- Mendapat Diploma yang diiktiraf oleh KPM
- Pelajar akan diberi Biasiswa Pengajian PTPTN 
- Berpeluang untuk menyertai latihan bola sepak secara professional 
- Berpeluang untuk menyertai pertandingan professional

Dengan adanya kelulusan Diploma & Bakat Bolasepak yang dikembangkan secara optima, ianya memberi peluang masa depam cerah untuk mendapat pekerjaan, berpeluang untuk menyertai kelab-kelab bola sepak & juga berpeluang untuk sambung pengajian Ijazwh di universiti.

Bagi anak-muda di Padang Terap yang berbakat dalam bola sepak & tak dapat sambung belajar dimana-mana institut pengajian, boleh hubungi saya 013-5336302

Read more...

Monday, November 8, 2021

Harga padang & pengadil untuk perlawanan persahabatan bola sepak di Stadium Mini Padang Terap

 

Harga padang & pengadil untuk perlawanan persahabatan bola sepak di Stadium Mini Padang Terap adalah seperti berikut :-

HARGA PADANG
A) RM100 (Padang sahaja)
B) RM120 (Padang + Match Ball)

HARGA PENGADIL
A) Harga Pengadil = RM120 (70 minit)
     (Masa permainan = 35+35 minit)
B) Harga Pengadil = RM150 (90 minit)
     (Masa permainan = 45+45 minit @ 30+30+30 Minit)

CONTOH PENGIRAAN
Contoh 1 :- 
Padang RM100 + Pengadil RM120 (70 minit)
= RM220 bahagi 2 pasukan
= RM110 - Bayaran untuk setiap pasukan.

Contoh 2 :- 
Padang & Bola RM120 + Pengadil RM150 (90 minit)
= RM270 bahagi 2 pasukan
= RM135 - Bayaran untuk setiap pasukan.

Untuk tempahan perlawanan bola sepak, boleh hubungi :-
013-5336302, 019-4509496


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP