Showing posts with label KN KIARA FRIENDSHIP CUP. Show all posts
Showing posts with label KN KIARA FRIENDSHIP CUP. Show all posts

Saturday, November 11, 2023

U11 KN KIARA FRIENDSHIP CUP 2023

Kejohanan Bola Sepak "U11 KN Kiara Friendship Cup 2023" ini dianjurkan oleh KN Kiara Football Club & SK Kuala Nerang. 

Tahniah buat pasukan U11 SK Padang Terap kerana berjaya muncul Johan "U11 KN Kiara Friendship Cup 2023". SK Padang Terap berjaya mengumpul 7 mata hasil dari 2 kemenangan dan 1 seri. Manakala naib johan disandang oleh pasukan U11 SK Tandop Besar dengan mengumpul 6 Mata.


Penyampain hadiah disempurnakan oleh Cikgu Mohamed Faisal bin Abdullah selaku Presiden KN Kiara Football Club. 


Read more...

Friday, September 8, 2023

Liga Bola Sepak 3 Penjuru "U20 KN Kiara Friendship Cup 2023"


Liga Bola Sepak 3 Penjuru "U20 KN Kiara Friendship Cup 2023" diadakan pada 7 September 2023 (Khamis) bertempat di Stadium Mini Padang Terap. Liga 3 penjuru ini disertai oleh Pasukan U20 KN Kiara FC, PLD Padang Terap & IKBN Naka.

Keputusan penuh :-
Johan : U20 KN KIARA FC
Naib Johan : PLD Padang Terap
Ketiga : IKBN Naka

Read more...

Saturday, August 4, 2018

SK Padang Terap muncul Naib Johan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 11

Tahniah buat Pasukan SK Padang Terap (KN KIara FC) kerana muncul Naib Johan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 11 "KN Kiara Friendship Cup 2018" (School Based). SK Padang Terap tewas tipis 1-2 kepada SK Iskandar pada perlawanan akhir

Peringkat Kumpulan :-
SKPT 0 - 3 SK Kubur Panjang
SKPT 4 - 0 SK Kuala Kupang
SKPT 4 - 0 SK Sri Gunung
SKPT 1 - 0 SK Bandar Puteri Jaya

Separuh Akhir :-
SKPT 3 - 1 SK Seri Pantai

Akhir :-
SKPT 1 - 2 SK Iskandar

Kejohanan kali ini disertai oleh sepuluh buah pasukan sekolah dari 6 buah daerah dalam Negeri Kedah dan 1 pasukan dari Perlis :-
1. SK Padang Terap (P.Terap)
2. SK Bandar Putri Jaya (Sg. Petani)
3. SK Kubur Panjang (Pendang)
4. SK Air Merah (Kulim)
5. SK Sri Gunung (A.Star)
6. SK Buluh Lima (Kota Sarang Semut)
7. SK Iskandar (Alor Setar)
8. SK Seri Pantai (Kuala Kedah)
9. SK Kupang (Baling)
10. SK Felda Mata Air (Perlis)
 Pasukan SK Padang Terap & SK Seri Pantai sebelum perlawanan separuh akhir 2

Pasukan SK Bandar Putri Jaya & SK Iskandar sebelum perlawanan separuh akhir 1
Pasukan SK Padang Terap & SK Iskandar sebelum perlawanan akhir

Terima Kasih buat pasukan sekolah yang sudi bertandang ke SK padang Terap bagi menyertai kejohanan ini. Tahniah buat SK Iskandar kerana muncul Johan pada kali ini.

Terima Kasih buat guru-guru SKPT dan Terima Kasih buat semua Waris atas Sokongan yang kuat dan sumbangan terhadap pasukan bola sepak SKPT.




Read more...

Monday, July 23, 2018

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 11 TAHUN “KN KIARA FRIENDSHIP CUP 2018” (SCHOOL BASED)

KEJOHANAN  BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 11 TAHUN “KN KIARA FRIENDSHIP CUP 2018” (SCHOOL BASED)

TARIKH : 4 OGOS 2018 (SABTU)
MASA : 8.30 PAGI - 4.00 PTG
TEMPAT : PADANG SK PADANG TERAP

ANJURAN :-
KELAB BOLASEPAK KN KIARA dan SK Padang Terap.

HADIAH-HADIAH :-
JOHAN : Piala Pusingan + Piala Iringan + Medal
NAIB JOHAN : Piala Medal

PENYERTAAN :-
Penyertaan di buka kepada 10 buah pasukan SEKOLAH sahaja yang berumur bawah 11 TAHUN. Semua pemain mesti dari SEKOLAH YANG SAMA.

Pendaftaran :-
RM 80.00 (Kos Pengadil & Kebersihan)

PASUKAN :-
1. SK PADANG TERAP (PT)
2. SK BANDAR PUTRI JAYA (KMY)
3. SK KUBUR PANJANG (PENDANG)
4. SK AIR MERAH (KBB)
5. SK SRI GUNUNG (KS)
6. SK BULUH LIMA (KMY)
7. SK ISKANDAR (KS)
8. SK SERI PANTAI (K.KEDAH)
9. SK KUPANG (BALING)
10. SK FELDA MATA AIR (PERLIS)

MUAT TURUN :-

Read more...

Saturday, March 31, 2018

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 10 & BAWAH 12 TAHUN “KN KIARA FRIENDSHIP CUP 2018”

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 10 & BAWAH 12 TAHUN
“KN KIARA FRIENDSHIP CUP 2018” (SCHOOL BASED).
Anjuran : KELAB BOLASEPAK KN KIARA & SEK KEB PADANG TERAP.

TARIKH : 31 MAC 2018 (SABTU)
MASA : 8.30 PAGI - 5.00 PTG
TEMPAT : PADANG SK PADANG TERAP


KUMPULAN A
SK PADANG TERAP (A)
SK WAN ABDUL SAMAD
SK SULTAN AHMAD TAJUDIN
SK PENDANG 2
SK JENERI

KUMPULAN B
SK PADANG TERAP (B)
SK PADANG CHICHAR
SK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
SK BANDAR PUTERI JAYA
SK PEDU

KUMPULAN C (BAWAH 10)
SK PADANG TERAP
SK SULTAN AHMAD TAJUDIN
SK BANDAR PUTERI JAYA
SIAM KEDAH Jr

KEPUTUSAN BAWAH 12 TAHUN 
JOHAN : SK SULTAN AHMAD TAJUDIN
NAIB JOHAN : SK BANDAR PUTRI JAYA

KEPUTUSAN BAWAH 10 TAHUN 
JOHAN : SK BANDAR PUTRI JAYA
NAIB JOHAN : SIAM KEDAH Jr

 
 



Read more...

Wednesday, March 28, 2018

Undian Kumpulan & Jadual KN Kiara Friendship Cup 2018



KUMPULAN A
SK PADANG TERAP (A)
SK WAN ABDUL SAMAD
SK SULTAN AHMAD TAJUDIN
SK PENDANG 2
SK JENERI

KUMPULAN B
SK PADANG TERAP (B)
SK PADANG CHICHAR
SK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
SK BANDAR PUTERI JAYA
SK PEDU

KUMPULAN C (BAWAH 10)
SK PADANG TERAP
SK SULTAN AHMAD TAJUDIN
SK BANDAR PUTERI JAYA
SIAM KEDAH Jr

Read more...

Tuesday, March 27, 2018

KN KIARA FRIENDSHIP CUP 2018 (UNDER 10 & 12)

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 10 & BAWAH 12 TAHUN
“KN KIARA FRIENDSHIP CUP 2018” (SCHOOL BASED).

TARIKH : 31 MAC 2018 (SABTU)
MASA : 8.30 PAGI - 5.00 PTG
TEMPAT : PADANG SK PADANG TERAP


SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN.

1. NAMA KEJOHANAN
Kejohanan ini dinamakan : KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 10 & 12 TAHUN “KN KIARA FRIENDSHIP CUP 2018”.

2. PENGURUSAN 
Kejohanan ini dikelolakan oleh KELAB BOLASEPAK KN KIARA (KN KIARA FOOTBALL CLUB) dengan kerjasama Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Padang Terap.

3. HADIAH-HADIAH
Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut :-
i. JOHAN ‐ Piala Iringan + Medal 
ii. Naib Johan - Medal 

4. PENYERTAAN 
i. Penyertaan di buka kepada 14 pasukan sekolah di dalam negeri kedah sahaja, iaitu 10 pasukan sahaja (Bawah 12) dan 4 Pasukan untuk Bawah 10 Tahun.

ii. Penyertaan terbuka kepada lelaki warganegara Malaysia yang berumur 10 tahun ke bawah (lahir pada atau selepas tahun 2008) bagi kategori 10 Tahun & berumur 12 Tahun ke bawah (lahir pada atau selepas tahun 2006) bagi kategori 12 Tahun.

iii. Setiap pasukan hendaklah mendaftar seramai 9 orang pemain utama dan 5 pemain simpanan (tidak melebihi 14 orang), serta dua orang pegawai pasukan. 

iv. Penyertaan berkonsepkan “School Based” iaitu setiap pemain dalam pasukan tersebut mesti dari sekolah yang sama (kecuali 1 pasukan jemputan Bawah 10 tahun)

5. YURAN PERTANDINGAN
Setiap pasukan yang mengambil bahagian dikehendaki menyumbangkan yuran pertandingan sebanyak RM 50.00 ( RINGGIT MALAYSIA : LIMA PULUH RINGGIT SAHAJA ). 

6. PERATURAN PERTANDINGAN
(a) Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA (FAM) serta pihak PENGANJUR kejohanan. 
(b) Setiap pemain haruslah memakai jersi yang bernombor, berseluar pendek, stoking panjang, kasut yang ber’stud’ beserta alas betis (shin pad). 

(c) Pasukan Bawah 12 diundi dalam dua (2) kumpulan iaitu A & B. Dimana kumpulan A & B dianggotai oleh lima (5) pasukan, makala bagi Bawah 10 tahun berada dalam 1 kumpulan sahaja yang dianggotai oleh 4 buah pasukan. Pusingan pertama dimainkan secara liga dalam kumpulan. 

(d) Pasukan yang menjadi Johan & Naib Johan kumpulan A & B (Bawah 12) layak untuk bermain di peringkat separuh akhir yang dijalankan secara kalah singkir. Manakala bagi pasukan bawah 10 Tahun, pasukan yang mengumpul Mata tertinggi dalam kumpulan dikira pemenang.

(g) Jika keputusan seri didalam PUSINGAN KALAH SINGKIR, tambahan masa diberikan selama 5 minit tanpa rehat. Jika keputusan masih seri, sepakan penalti akan dilakukan oleh TIGA (3) orang pemain setiap pasukan. Jika didapati masih lagi seri lentingan syiling akan dilakukan oleh pengadil perlawanan. Pasukan yang memenangi lentingan syiling akan mengambil tendangan dan yang kalah akan bertahan. Jika jaringan dapat dilakukan, pasukan tersebut akan dikira sebgai pemenang, namun jika jaringan tidak dapat dilakukan pasukan yang bertahan akan dikira sebagai pemenang. 

(h) Masa perlawanan dibahagikan kepada DUA (2) bahagian dimana setiap bahagian mengandungi masa perlawanan selama TUJUH (7) minit dengan masa rehat tidak lebih dari SATU (1) minit (7 + 1 + 7). 

(k) Jawatankuasa pertandingan akan menyediakan DUA (2) orang pengadil bagi setiap perlawanan. Setiap keputusan pengadil adalah MUKTAMAD. (l) Setiap pasukan dibenarkan membuat pertukaran seramai LIMA (5) pemain pada bila‐bila masa disepanjang tempoh sesuatu perlawanan dimainkan. 

7. SENARAI PASUKAN YANG BERTANDING

A) KATEGORI BAWAH 12 TAHUN
- SK PADANG TERAP A
- SK PADANG TERAP B
- SK PEDU
- SK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
- SK SULTAN AHMAD TAJUDIN, JITRA
- SK BANDAR PUTERI JAYA, SG. PETANI
- SK WAN ABDUL SAMAD, POKOK SENA
- SK JENERI, SIK
- SK PENDANG 2, PENDANG
- SK PADANG CHICAR, SIK

B) KATEGORI BAWAH 10 TAHUN
- SK PADANG TERAP 
- SK SULTAN AHMAD TAJUDIN, JITRA
- SK BANDAR PUTERI JAYA, SG. PETANI
- SIAM KEDAH JUNIOR

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP