Showing posts with label Bola Sepak Persahabatan. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak Persahabatan. Show all posts

Friday, November 11, 2022

Program Kolaborasi Bola Sepak antara KN Kiara Football Club dan SWSK FC


Program Kolaborasi Bola Sepak antara KN Kiara Football Club dan Sport Warrior Sungai Kob Football Club. 
Tarikh : 12 November 2022 (Sabtu).
Masa : 8.00 - 12.00 tghari
Tempat : Stadium Mini Padang Terap

Semoga program pembangunan seperti ini dapat memberi pendedahan yang baik buat semua pemain. Terima Kasih kepada Pihak Sport Warrior Sungai Kob FC atas kesudian bertandang ke Stadium Mini Padang Terap. 

Perlawanan persahabatan Bawah 12 Tahun :-
U12 KN KIARA FC ( 2 ) - ( 0 ) U12 SWSK FC 

Perlawanan bola sepak bawah 16 tahun 
Piala Presiden KN Kiara Football Club 
U16 KN KIARA FC ( 8 ) - ( 0 ) U16 SWSK FC

Terima kasih buat semua pemain dan pengurusan serta pihak ibu bapa yang terlibat dalm menjayakan program pembangunan ini.. Tahniah buat semua pemain KN Kiara Football Club

Read more...

Friday, February 4, 2022

Senarai Perlawanan & Keputusan Bola Sepak Persahabatan Januari 2022

 Senarai Perlawanan & Keputusan Bola Sepak Persahabatan di Stadium Mini Padang Terap sepanjang bulan Januari 2022



Read more...

Monday, November 8, 2021

Harga padang & pengadil untuk perlawanan persahabatan bola sepak di Stadium Mini Padang Terap

 

Harga padang & pengadil untuk perlawanan persahabatan bola sepak di Stadium Mini Padang Terap adalah seperti berikut :-

HARGA PADANG
A) RM100 (Padang sahaja)
B) RM120 (Padang + Match Ball)

HARGA PENGADIL
A) Harga Pengadil = RM120 (70 minit)
     (Masa permainan = 35+35 minit)
B) Harga Pengadil = RM150 (90 minit)
     (Masa permainan = 45+45 minit @ 30+30+30 Minit)

CONTOH PENGIRAAN
Contoh 1 :- 
Padang RM100 + Pengadil RM120 (70 minit)
= RM220 bahagi 2 pasukan
= RM110 - Bayaran untuk setiap pasukan.

Contoh 2 :- 
Padang & Bola RM120 + Pengadil RM150 (90 minit)
= RM270 bahagi 2 pasukan
= RM135 - Bayaran untuk setiap pasukan.

Untuk tempahan perlawanan bola sepak, boleh hubungi :-
013-5336302, 019-4509496


Read more...

Wednesday, March 24, 2021

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK BAWAH 15 TAHUN

Walaupun hanya sekadar Semut Kecil tapi Jiwa perlu besar dan berani. Sentiasa berani dan bersedia untuk berdepan dengan lawan yang lebih baik untuk menimba pengalaman.  Dalam perlawanan persahabatan, kalah menang bukanlah matlamat utama tetapi pengalaman beraksi dengan pasukan yang berkualiti adalah lebih utama seterusnya membantu meningkatkan prestasi pasukan di masa akan datang.


Pengalaman tidak boleh dibeli, pengalaman adalah hasil pendedahan kepada sesuatu peristiwa sebenar dalam alam sekeliling.


PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK BAWAH 15 TAHUN


U15 KN KIARA FC vs PLD KMY KJ U15
Tarikh : 26 Mac 2021 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Stadium Mini Padang Terap

U15 KN KIARA FC vs U15 LANG MUDA
Tarikh : 29 Mac 2021 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Stadium Mini Padang Terap



Read more...

Anugerah Juara Bulanan 2021


ANUGERAH JUARA BULANAN 2021
Anugerah Juara Bulanan ini akan diberi kepada pasukan yang mengumpul mata tertinggi dalam setiap Perlawanan Persahabatan Bola Sepak di STADIUM MINI PADANG TERAP untuk sepanjang tahun 2021 (Mulai Mac).

PEMBERIAN MATA :
Menang = 3 mata
Seri = 2 Mata
Kalah = 1 Mata

Kami sentiasa menghargai setiap pasukan yang bertandang ke Stadium Mini Padang Terap bagi mengadakan perlawanan persahabatan. Pasukan yang kerap menempah perlawanan di Stadium Mini Padang Terap berpeluang untuk memenagi Anugerah ini.

HADIAH BULANAN :-
Piala Pusingan, Plak Cenderahati & Sijil Penghargaan

HADIAH SAMPINGAN :-
- Hamper dan lain2
(Hadiah ini tidak tetap, bergantung kpd sponsor)

Dikelolakan oleh :-
KN KIARA FOOTBALL CLUB
www.knkiarafc.blogspot.com
JOM Like page KN KIARA Football Club


Read more...

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK B12

 

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK B12
- 19 Mac 2021 (Jumaat)
- Stadium Mini Padang Terap
Senarai Pasukan :
- KN KIARA FC (U11)
- KN KIARA FC (U12)
- AT KS U11 (A)
- AT KS U11 (B)
- KK JITRA
- TUFC KIDS


Read more...

Tuesday, January 12, 2021

Perlawanan U16 Padang Terap menentang U16 Lang Muda

Perlawanan persahabatan antara u16 Padang Terap dan u16 Lang Muda telah diadakan pada 11 Januari 2021 (Jam 8.30 pagi) bertempat di Stadium Mini Padang Terap. Terima kasih kepada kedua-dua pasukan kerana sudi bertandang ke Stadium Mini Padang Terap bagi mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak.


Read more...

Thursday, January 7, 2021

Perlawanan Persahabatan Pilihan Veteran Kuala Lumpur (PBSMWP) dengan Veteran Exs-Kedah

Pasukan Veteran Melayu Kuala Lumpur (PBSMWP) akan berentap bagi mendadakan dua siri perlawanan persahabatan di Stadium Mini Padang Terap pada 8 & 9 Januari 2021.

Pada 8 Januari 2021 (Jumaat), pasukan Veteran Melayu Kuala Lumpur akan menentang pasukan Veteran Exs-Kedah Darul Aman. Manakala pada 9 Januari 2021 (Sabtu), pasukan Veteran Melayu Kuala Lumpur akan menentang pasukan Veteran Padang Terap. 

Perlawanan ini ditaja khas oleh AMD Resort Camp Perik, dengan kerjasama KN Kiara Football Club. Terima kasih buat para bekas pemain bola sepak yang hebat suatu ketika dulu, yang sudi bertandang ke Stadium Mini Padang Terap bagi mengadakan perlawanan persahabatan.


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP