LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB BOLASEPAK KN KIARA

Kelab Bolasepak KN Kiara (KN Kiara Football Club) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Sukan secara rasmi dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Pendaftaran badan sukan ini dibuat secara Online di laman Web ROSA (Sistem Pendaftaran Maklumat Badan Sukan) https://rosa.kbs.gov.my.
Pendaftaran Kelab Bolasepak KN Kiara ini atas inisiatif dan hasil perbincangan bersama En Norman bin Hasan Ludin JKKK Kg. Padang Nyior dan Cikgu Mohamed Faisal (PK Ko SK Padang Terap) bagi tujuan pembangunan bola sepak diperingkat akar umbi di SK Padang Terap dan Daerah Padang Terap. Pak Su Norman selaku Pengerusi dan Cikgu Mohamed Faisal selaku Setiausaha Jawatankuasa Penaja dalam mendaftar kelab ini dibawah Peseruhjaya Sukan Malaysia. Cikgu Mohamed sebagai Setiausaha Penaja Kelab, bertanggungjawab atas semua urusan pendaftaran Kelab Bolasepak KN Kiara, di mana permohonan pendaftaran secara online harus menyediakan pelbagai dokumen-dokumen berkaitan seperti Perlembagaan Kelab, Minit Menyuarat Penaja, Maklumat Jawatankuasa Penaja, surat-surat dan sebagainya.
Kelab Bolasepak KN Kiara diluluskan pada 12 FEBRUARI 2018, bernombor pendaftaran 9289/2018. Buat sementara Kelab Bolasepak KN Kiara ini berpengkalan di Sekolah Kebangsaan Padang Terap, Kedah.

Dengan tertubuhnya Kelab Bolasepak KN Kiara ini, pihak kelab akan berusaha untuk membentuk pengurusan kelab yang terbaik bagi meralisasikan halatuju dalam misi kelab dalam mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatkan kuantiti dan kualiti pemain dalam memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap Khususnya. Pihak kelab akan berusaha mencari Dana dari semua pihak untuk menggerakkan persatuan dan mengadakan pelbagai aktiviti pembangunan bola sepak.
Akademi Bola Sepak SK Padang Terap adalah salah satu program yang diwujudkan dibawah Kelab Bolasepak KN Kiara dengan kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Akademi Bola Sepak SKPT ini mula bergerak pada September 2017 yang melibatkan 50 orang pemain yang berumur dari 8 hingga 12 tahun.


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP