Sunday, December 8, 2019

Keputusan penuh Kejohanan Bola Sepak B12 Piala Pegawai Daerah Padang Terap 2019

 

Read more...

Pasukan U12 KN Kiara FC & U11 KN Kiara FC mendapat tempat ketiga bersama Kejohanan Bola Sepak B12 Piala Pegawai Daerah Padang Terap 2019

Pasukan U12 KN Kiara FC & U11 KN Kiara FC mendapat tempat ketiga bersama Kejohanan Bola Sepak B12 Piala Pegawai Daerah Padang Terap 2019.

Read more...

Friday, December 6, 2019

Undian Kumpulan Kejohanan Bola Sepak B12 Piala Pegawai Daerah Padang Terap 2019


Read more...

Tuesday, November 26, 2019

Borang Pendaftaran & Syarat Peraturan Kejohanan Bola Sepak Piala Pegawai Daerah Padang Terap 2019

Untuk Muat Turun Borang Pendaftaran & Syarat Peraturan Kejohanan sila klik ke


Read more...

Monday, November 25, 2019

Kejohanan Bola Sepak B12 Piala Pegawai Daerah Padang Terap 2019


KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 PIALA PEGAWAI DAERAH PADANG TERAP 2019
Anjuran : Majlis Sukan Daerah Padang Terap & Persatuan Bola Sepak Daerah Padang Terap

Dikelolakan oleh : 
KN Kiara Football Club (www.knkiarafc.blogspot.com)

Tarikh : 7 Disember 2019 (Sabtu)
Tempat : SK Padang Terap

Syarat / peraturan ringkas :-
1. Pendaftaran RM170
2. Main 8 Sebelah + 4 simpanan
3. Masa : 7 + 1 + 7 minit.
4. Pertukaran Rolling

HADIAH :-
Johan : Piala Kejohanan, RM700, Medal & Sijil Pemenang
Naib Johan : RM500, Medal & Sijil Pemenang
Ketiga Bersama : RM250, Medal & Sijil Pemenang
Suku Akhir (Ke-5 hingga ke-8) : Medal & Sijil Pemenang

Hubungi :-
Cikgu Faisal 013-5336302

Read more...

Friday, October 18, 2019

Pemilihan Pemain U13 PLD Padang Terap (SMK Kuala Nerang)

PEMILIHAN PEMAIN U13 
PLD Padang Terap - SMK Kuala Nerang
5 November 2019 (Selasa)

Read more...

SK Sultan Ahmad Tajuddin muncul Juara Kejohanan Bola Sepak PASCA UPSR Peringkat Negeri Kedah 2019

SK Sultan Ahmad Tajuddin muncul Juara Kejohanan Bola Sepak PASCA UPSR Peringkat Negeri Kedah sempena Karnival Keusahawanan SK Padang Terap 2019. Kejohanan ini dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Padang Terap dan KN Kiara Football Club. SK Sultan Ahmad Tajuddin berjaya menewaskan SK Iskandar pada perlawanan Akhir melalui tendangan penalti 6-5 setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Read more...

Thursday, October 3, 2019

Kejohanan Bola Sepak PASCA UPSR & Sepak Penalti (B12) Peringkat Negeri Kedah 2019

Kejohanan Bola Sepak PASCA UPSR & Sepak Penalti (B12) Peringkat Negeri Kedah 2019 sempena Karnival Keusahawanan SK Padang Terap 2019 akan diadakan pada 10 Oktober 2019, bertempat di Padang SK Padang Terap. Kejohanan ini dianjurkan oleh KN Kiara Football Club dan Sekolah Kebangsaan Padang Terap. 

Sebanyak 16 buah sekolah dari 6 daerah seluruh Negeri Kedah telah mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan pada kali ini. Selain itu pihak penganjur juga mengadakan pertandingan Sepak Penalti (Bawah 12) Peringkat Negeri Kedah terbuka untuk 24 buah pasukan sekolah.


 


Read more...

Saturday, August 31, 2019

Merdeka Football League Cup U8 & U10 2019

Pasukan B10 KN KIARA FC telah menyertai "Merdeka Football League Cup U8 & U10 2019" yang diadakan pada 31 Ogos 2019 bertempat di SMK Dato' Syed Omar, Alor Setar Kedah.  Kejohanan ini dianjurkan oleh RTS Produvtion & WAFA Harmoni. Pasukan Bawah 10 KN Kiara FC mencatat 1 Kemenangan & 3 kekalahan di peringkat kumpulan.

Keputusan Kumpulan C
KN Kiara FC 4 - 0 Mountain Eagle (A)
KN Kiara FC 0 - 1 ZNR Soccer Kids
KN Kiara FC 1 - 3 Kenari Kid Jitra
KN Kiara FC 0 - 3 Taman Uda FC

Read more...

Tahniah Skuad B11 SK Padang Terap Mendapat Tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1M 1S KPM-YBR Peringkat Daerah Padang Terap 2019


Skuad B11 SKPT Mendapat Tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1Murid 1Sukan KPM-Yayasan Bank Rakyat Peringkat Daerah Padang Terap 2019. Pasukan SKPT tewas melalui sepakan penalti 4-3 setelah seri 2-2 dengan SKTARP pada peringkat separuh akhir.
Keputusan Perlawanan :
Pusingan Pertama :
SKPT 6 - 0 SK Tandop Besar
SKPT 2 - 1 SK Perik
SKPT 1 - 4 SKTARP

Pusingan Kedua :
SKPT 3 - 0 SK Panglima Awang
SKPT 1 - 0 SK Tualak

Separuh Akhir :
SKPT 2 - 2 SKTARP
(SKPT tewas penalti 3-4)

Read more...

Saturday, May 25, 2019

Majlis Berbuka Puasa Kelab Bolasepak KN Kiara bersama Guru & Atlit SKPT

Majlis Berbuka Puasa Kelab Bolasepak KN Kiara bersama Guru & Atlit SKPT diadakan pada 25 Mei 2019 (Sabtu) bertempat di Dewan Perdana SK Padang Terap.



Read more...

Tuesday, May 14, 2019

SK Padang Terap JOHAN Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2019


Syukur Alhamdulillah Program Pembangunan yang dilaksanakan membuahkan hasil. Program Akademi Bola Sepak SK Padang Terap yang mula dilaksanakan pada Ogos 2017 telah berjaya melahirkan pemain-pemain yang berkualiti dan berdaya saing serta mempunyai semangat juang yang tinggi. Di mana sebahagian besar Pelatih Akademi Bola Sepak terdiri dari Murid SK Padang Terap.

Kejuaraan ini telah mencapai Target (KPI) Kelab Bolasepak KN Kiara yang mensasarkan JOHAN DAERAH setelah 3 tahun melaksanakan program ini.

TAHNIAH Pemain Bola Sepak SK Padang Terap yang mempamerkan semangat juang yang Cukup Tinggi dalam mencapai sebuah kejayaan yang di idamkan. Akhirnya berjaya dinobatkan sebagai JUARA Kejohanan Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2019.

TAHNIAH & TERIMA KASIH buat Coach Akademi Bola Sepak SKPT yang sentiasa membantu menjayakan program pembangunan ini iaitu Coach Mohd Fairus, Coach Din My Team, Coach Along (Wan Muhd Hafiz), Coach Mohd Zanbri Nizam, Coach Abdul Hakim, Coach Ammar, Coach Eizas & Manager Mohamad Shahir dan juga Cikgu Ahmad Ruslan Abdul Rahim

Sekalung penghargaan dan Terima Kasih buat Pihak Pentadbir Sekola, Tuan Guru Besar & Rakan Pentadbir, Semua Guru & Staf serta murid SKPT, Para Ibu Bapa dan Waris atas doa dan sokongan untuk kejayaan 2019
SK Padang Terap menundukkan SK Kurong Hitam pada perlawanan Akhir dengan jaringan 1-0. Gol kemenangan hasil jaringan Abdul Hakim @! Bidol melalui sepakan peruma yang menarik dari jarak 30 Meter.

Read more...

Saturday, March 2, 2019

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN ANTARA SEKOLAH PERINGKAT NEGERI KEDAH 2019 (SCHOOL BASED)

NAMA KEJOHANAN
Kejohanan ini dinamakan : KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN ANTARA SEKOLAH PERINGKAT NEGERI KEDAH 2019 (SCHOOL BASED).

PENGURUSAN 
Kejohanan ini dianjurkan oleh SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TERAP DAN KN KIARA FOOTBALL CLUB, dengan kerjasama JPN Kedah, Jurulatih B12 Padang Terap & Sopa Somran FC

TARIKH, MASA & TEMPAT
Kejohanan akan diadakan pada 9 MAC 2019 (SABTU), jam 8.30 pagi hingga 7.00 ptg, bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Terap.

HADIAH-HADIAH
Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut: 
i. JOHAN ‐ Piala Iringan, Tunai RM400, Medal & Sijil 
ii. Naib Johan = Piala Iringan, Tunai RM300, Medal & Sijil
iii. Ketiga = RM150, Medal & Sijil
iv Keempat = RM100, Medal & Sijil

SYARAT PENYERTAAN 
i. Penyertaan di buka kepada 28 pasukan sekolah di dalam negeri kedah sahaja. Setiap pasukan mesti didaftarkan atas nama Sekolah dan perlu pengesahan pihak sekolah.

ii. Penyertaan terbuka kepada lelaki warganegara Malaysia yang BERUMUR 12 TAHUN KE BAWAH (lahir pada atau selepas tahun 2007) 

iii. Setiap pasukan hendaklah mendaftar seramai 9 orang pemain utama dan 4 pemain simpanan, serta 3 orang pegawai pasukan. 

iv. Penyertaan berkonsepkan “School Based” iaitu setiap pemain dalam pasukan tersebut WAJIB DARI SEKOLAH YANG SAMA sahaja.

YURAN PERTANDINGAN
Setiap pasukan yang mengambil bahagian dikehendaki menyumbangkan yuran pertandingan sebanyak RM 120.00 ( RINGGIT MALAYSIA : SERATUS DUA PULUH RINGGIT SAHAJA ). 
MUATTURUN

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP