Thursday, April 2, 2020

PROGRAM LATIHAN BOLA SEPAK (B12) DAERAH PADANG TERAP

Program Latihan Bola Sepak Bawah 12 Daerah Padang Terap ini adalah satu program pembangunan jangka panjang yang diwujudkan hasil kerjasama KN Kiara Football Club dengan Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap bagi mengcungkil bakat-bakat baru bola sepak untuk digilap dan diketengahkan keperingkat yang lebih tinggi bagi membantu memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap

MATLAMAT PROGRAM
Mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatkan kuantiti dan kualiti pemain dalam memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap Khususnya

Di samping itu program ini dapat mencungkil bakat–bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya. Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti pasukan dari Daerah Padang Terap mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di peringkat Negeri dan Kebangsaan.

SASARAN
Pemain berbakat yang dipi;ih yang berumur bawah 12 Tahun dari seluruh sekolah di dalam Daerah Padang Terap

PERLAKSANAAN PROGRAM
- Program Latihan Daerah akan diadakan setiap minggu pada hari sabtu.
- Masa Latihan pukul 8.30 pagi – hingga 11.00 pagi
- Tempat latihan dicadang kan di SK Tunku Abdul Rahman Putra dan SK Kuala Nerang.
- Sesi Latihan dijayakan setiap minggu oleh para guru iaitu Jurulatih Bola Sepak Sekolah Rendah yang berpengalaman, bertauliah & Komited dalam sukan bola sepak.

Pihak Kelab berharap program pembangunan yang dirancang ini ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dalam tempoh masa yang panjang. Oleh itu pihak kami berharap semua pihak yang dapat memberi sokongan dalam menjayakan program pembangunan ini, seterusnya menjadikan Daerah Padang Terap sebuah daerah yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti.

Sumbangan untuk program pembangunan :-
Nama Kelab : KN KIARA FOOTBALL CLUB
Nombor akaun : 3210 0657 10
Nama Bank : PUBLIC BANK BERHAD
Alamat bank : POKOK SENA, KEDAH

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP