Saturday, November 11, 2023

U11 KN KIARA FRIENDSHIP CUP 2023

Kejohanan Bola Sepak "U11 KN Kiara Friendship Cup 2023" ini dianjurkan oleh KN Kiara Football Club & SK Kuala Nerang. 

Tahniah buat pasukan U11 SK Padang Terap kerana berjaya muncul Johan "U11 KN Kiara Friendship Cup 2023". SK Padang Terap berjaya mengumpul 7 mata hasil dari 2 kemenangan dan 1 seri. Manakala naib johan disandang oleh pasukan U11 SK Tandop Besar dengan mengumpul 6 Mata.


Penyampain hadiah disempurnakan oleh Cikgu Mohamed Faisal bin Abdullah selaku Presiden KN Kiara Football Club. 


Read more...

Kejohanan Futsal Bawah 20 Tertutup Piala Pegawai Daerah Padang Terap 2023

Kejohanan Futsal Bawah 20 Tertutup Piala Pegawai Daerah Padang Terap 2023 ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Daerah Padang Terap dan KN Kiara Football Club, yang diadakan pada 21 Oktober 2023 bertempat di Gelanggang Futsal Bukit Gedong.

Pasukan Futsal KN KIARA FC muncul Juara Kejohanan Futsal Bawah 20 Tertutup Piala Pegawai Daerah Padang Terap 2023. Pasukan KN KIARA FC berjaya menjinakkan pasukan SAPURA FC pada perlawanan akhir dengan jaringan 5-1.

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh En Azmin bin Zainal Abidin AMK., BCK. Pegawai Daerah Padang Terap, merangkap Pengerusi Majlis Sukan Daerah Padang Terap. Turut hadir En Mohd Farizan bin Mat Arshad (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap), En. Nasrulsafarin (Pengulu Mukim Tekai Kiri), En. Hafifuddin Abd Hamid (Setiausaha Majlis Sukan Daerah Padang Terap) dan En. Mohamed Faisal bin Abdullah (Presiden KN Kiara Football Club).

Keputusan Penuh :
Johan : KN KIARA FC
Naib Johan : SAPURA FC
Ketiga : QHODONG FC
Keempat : KBKN FC

Tahniah terima kasih buat semua pasukan yang menyertai kejohanan pada kali ini. 

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP