Sunday, October 28, 2018

Hari Keluarga "Eat Right to Play Right" Komuniti SK Padang Terap 2018

HARI KELUARGA “EAT RIGHT TO PLAY RIGHT” ONE GOAL & ZURICH
KOMUNITI SK PADANG TERAP 2018

Tarikh : 27 Oktober 2018 (Sabtu)
Masa : 8.30 pg –12.30 tgh

Aktiviti Hari Keluarga ERTPR SK Padang terap ini memberi peluang kepada kanak-kanak program ERTPR untuk menjemput ahli keluarga mereka menyertai sesi latihan Nutrisi & Latihan bola sepak. Mereka akan belajar tentang amalan pemakanan yang sihat melalui bola sepak. Hari Keluarga juga memberi peluang kepada kanak-kanak dalam program ertpr untuk berkongsi pengajaran daripada program “Eat Right to Play Right” dengan ahli keluarga mereka.

AKTIVITI
- Bengkel Nutrisi
- Memanaskan Badan & Senamrobik
- Latihan Nutrisi & Latihan Bola Sepak
- Pertandingan Bola Sepak (Murid)
- Sepak Penalti (Waris Lelaki)
- Menjaring Bola Jaring (Waris Perempuan)

ATURCARA
8.00 pg : Pendaftaran Pemain, Waris & Guru
8.15 pg : Taklimat & Bengkel Nutrisi
8.45 pg : Memanaskan Badan & Senamrobik 
9.15 pg : Latihan Nutrisi 
9.45 pg : Pertandingan Bola Sepak B12 / B11 / B10
             : Pertandingan Sepak Penalti (Waris & Guru)
             : Pertandingan Bola Jaring (Guru & Waris Perempuan)
12.00 tgh : Majlis Penutup & Penyampaian hadiah
12.30 tgh : Jamuan makan dan bersurai

Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada semua pemain, ibu bapa & waris serta guru-guru SKPT kerana sudi hadir memeriahkan program ini. Tahniah kepada yang menang, insyaAllah kalau ada rezeki tahun depan kita buat lagi.

#eatrighttoplayright
#familydayeatrighttoplayright
#akademibolasepakskpt
#knkiarafc
#onegoalmalaysia

Read more...

Saturday, October 20, 2018

Coaches Unite "Eat Right to Play Right" ONE GOAL MALAYSIA

Kursus Jurulatih-jurulatih "Eat Right to Play Right" ONE GOAL MALAYSIA bagi Komuniti Zon Utara (Coaches Unite) bertempat di Sk Pulai, Baling, pada 20 Oktober 2018. Coach Cikgu Faisal terlibat dalam program ini mewakili Komuniti SK Padang Terap.
Bersama Coach Ibrahim Ketua Jurulatih One Goal

Read more...

Skuad Bola Sepak Tahun 6 muncul Naib Johan Pertandingan Bola Sepak karnival Sukan Tahun 6 Peringkat Daerah Padang Terap 2018

Tahniah buat Skuad Bola Sepak Tahun 6 atas kejayaan muncul Naib Johan di Pertandingan Bola Sepak karnival Sukan Tahun 6 Peringkat Daerah Padang Terap 2018. SK Panglima Awang muncul Johan setelah mengumpul 12 Mata. Pertandingan kali ini diadakan pada 14 Oktober 2018 (Ahad) bertempat di SK Padang Terap.

Manakala bagi Pertandingan Bola Jaring Karnival Tahun 6, SK Padang Terap muncul Johan setelah menundukkan SK Datin Fatimah pada perlawanan akhir dengan jaringan 4-3.

Karnival Tahun 6 ini dianjurkan oleh pihak PPD Padang Terap dan dikelolakan oleh SK Padang Terap & KN Kiara Football Club.

Read more...

Tuesday, October 16, 2018

Skuad B11 SK Padang Terap tempat Ketiga MAHKOTA FOOTBALL CHAMPIONSHIP Peringkat Kebangsaan 2018

Tahniah buat semua pemain Skuad B11 SK Padang Terap dan terima kasih buat semua jurulatih yang sentiasa mencurahkan ilmu kepada para pemain. Terima kasih juga buat Paksu Norman, Presiden KN Kiara Football Club atas sokongan dan sumbangan kepada Skuad B11 SKPT. Dan terima kasih buat semua guru-guru dan PIBG serta para waris yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan skud B11 SKPT.

Pencapai tempat KETIGA peringkat kebangsaan ini adalah antara pencapaian terbaik sepanjang penubuhan Akademi Bola Sepak SKPT.

Kejohanan ini diadakan di SK Mahkota Sari, Gerik, Perak. Kejohanan berlangsung pada 7 - 9 Oktober 2018 ini disertai oleh 15 buah sekolah dari Seluruh Malaysia. SK Padang Terap berjaya mengungguli kumpulan A dengan 2 kemenangan dan 1 seri diperingkat kumpulan. Dengan mengumpul 7 mata SKPT layak ke peringkat suku akhir menentang SK Bukit Rahman Putera (Selangor) dan berjaya menundukkan SK Bukut Rahman Putera dengan jaringan 1-0.
Di peringkat Separuh akhir SKPT bertemu SK Bandar Puteri Jaya (kedah). SKPT ketinggalan 1-0 pada babak pertama dan cuba bangkit pada babak kedua dengan memberi tekanan dan asakan kepada pasukan SKBPJ namun gagal mendapatkan gol yang dicari-cari. Penentuan tempat ketiga SKPT menang dengan dengan SK Sabak Uni, Johor (3-0 menang percuma).

Keputusan semua perlawanan SKPT :

Peringkat Kumpulan :
SKPT 4 - 2 SK Seri Selangor (Selangor)
SKPT 2 - 1 SK Jalan Pegoh (Perak)
SKPT 1 - 1 SK Mahkota Sari (Perak)
Johan Group A : Mengumpul 7 Mata

Suku Akhir :
SKPT 1 - 0 SK Bukit Rahman Putra (Selangor)

Separuh Akhir :
SKPT 0 - 1 SK Bandar Puteri Jaya (Kedah)

Penentuan 3/4 :
SKPT 3 - 0 SK Sabak Uni (Johor)
(Menang percuma)
Dari kiri : Mohamah Shahir, Pak Su Norman (Predisen Kelab), Mohd Fairus (Bendahari Kelab) & Mohamed Faisal (Setiausaha Kelab)

Read more...

SKPT Muncul Tempat Ketiga "Mahkota Football Championship" Peringkat Kebangsaan 2018

Read more...

Video Akademi Bola Sepak SKPT

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP