Thursday, November 11, 2021

Peluang untuk Belajar (Sijil/Diploma) serta bermain Bola Sepak di Cyberlynx International College

Pihak Cyberlynx telah membuat perjanjian kerjasama dengan KN Kiara Football Club bagi Program Pelajar Atlit di Cyberlynx International College.

Program Pelajar Atlit di Cyberlynx ini memberi peluang kepada Anak-anak Padang Terap yang berbakat dalam Bola sepak iaitu Lepasan SPM yang berumur 18 – 23 tahun untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma disamping mengikuti latihan bola sepak di Akademi Bolasepak Cyberlynx selama 2 tahun setengah.

Pengajian di  Cyberlynx memberi peluang untuk anak-anak muda mengembangkan potensi Akademik & potensi Sukan Bola sepak. Pihak kolej menyediakan Latihan & Platform Profesional dalam bola sepak untuk pelajar secara serius.

Kelebihan Cyberlynx :-
- Mendapat Diploma yang diiktiraf oleh KPM
- Pelajar akan diberi Biasiswa Pengajian PTPTN 
- Berpeluang untuk menyertai latihan bola sepak secara professional 
- Berpeluang untuk menyertai pertandingan professional

Dengan adanya kelulusan Diploma & Bakat Bolasepak yang dikembangkan secara optima, ianya memberi peluang masa depam cerah untuk mendapat pekerjaan, berpeluang untuk menyertai kelab-kelab bola sepak & juga berpeluang untuk sambung pengajian Ijazwh di universiti.

Bagi anak-muda di Padang Terap yang berbakat dalam bola sepak & tak dapat sambung belajar dimana-mana institut pengajian, boleh hubungi saya 013-5336302

Read more...

Monday, November 8, 2021

Harga padang & pengadil untuk perlawanan persahabatan bola sepak di Stadium Mini Padang Terap

 

Harga padang & pengadil untuk perlawanan persahabatan bola sepak di Stadium Mini Padang Terap adalah seperti berikut :-

HARGA PADANG
A) RM100 (Padang sahaja)
B) RM120 (Padang + Match Ball)

HARGA PENGADIL
A) Harga Pengadil = RM120 (70 minit)
     (Masa permainan = 35+35 minit)
B) Harga Pengadil = RM150 (90 minit)
     (Masa permainan = 45+45 minit @ 30+30+30 Minit)

CONTOH PENGIRAAN
Contoh 1 :- 
Padang RM100 + Pengadil RM120 (70 minit)
= RM220 bahagi 2 pasukan
= RM110 - Bayaran untuk setiap pasukan.

Contoh 2 :- 
Padang & Bola RM120 + Pengadil RM150 (90 minit)
= RM270 bahagi 2 pasukan
= RM135 - Bayaran untuk setiap pasukan.

Untuk tempahan perlawanan bola sepak, boleh hubungi :-
013-5336302, 019-4509496


Read more...

Friday, October 15, 2021

PPN FASA 3 : SOP PEMBUKAAN STADIUM MINI PADANG TERAP

 

Semua Pemain DIWAJIBKAN untuk mengisi Borang 1 sebelum memulakan perlawanan.

Semua Pengadil DIWAJIBKAN untuk mengisi Borang 2 sebelum memulakan perlawanan.

MUAT TURUN DOKUMEN :-
BORANG 1 (PEMAIN) - Format PDF
BORANG 2 (PENGADIL) - Format PDF


Read more...

Pelan pemulihan Negara Fasa 3 : Aktiviti Sukan & Rekreasi



Read more...

Sunday, October 10, 2021

Kelasi FC muncul Juara Pertandingan Sepak Penalti Hari Sukan Negara 2021

 

Pasukan Kelasi FC telah muncul Juara Pertandingan Sepak Penalti Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Padang Terap. Pasukan Kelasi FC muncul juara setelah menundukkan Sifu FC pada perlawanan akhir dengan jaringan 4 - 3.

Hadiah disampaikan oleh En Muhamad Jasnizam bin Mohamad Husni, Setiausaha Sulit Menteri Pembangunan Luar Bandar. Turut hadir Mohd Zarif (Armada Padang Terap) & En Mohd Farizan (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap)

Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan dikelolakan oleh KN KIARA FOOTBALL CLUB

Read more...

Friday, September 24, 2021

Tahniah 3 peserta MSSD Padang Terap yang berjaya di peringkat MSSK

TAHNIAH & SYABAS buat peserta MSSD Padang Terap yang telah berjaya di Peringkat MSS Kedah dalam Pertandingan Kemahiran Bola Sepak (Individu) Secara Dalam Talian 2021.

NUR QAISARA INARAH BT MOHAMAD TARMIZI (SK Tandop Besar)
- JOHAN Kemahiran Menimang Bola Sepak (Perempuan B12)

ZOOL MIFZAL IMAN BIN ZOOL HELMEY AMRI (SMK Kuala Nerang)
- NAIB JOHAN Kemahiran Kreatif Bola sepak (Lelaki B18)

MUHAMMAD ALIF IRFAN BIN MUHAMAD YAZIED (SK Tualak)
- KEEMPAT Kemahiran Kreatif Bola sepak (Lelaki B12)

Ketiga-tiga pemain dari Daerah Padang Terap ini akan mewakili Negeri Kedah ke Peringkat Kebangsaan (MSSM). Mudah-mudahan mereka berjaya menempatkan diri dikalangan peserta terbaik diperingkat MSSM. InsyaAllah

Read more...

Wednesday, September 22, 2021

Pertandingan Sepak Penalti Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Padang Terap

SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

1  TARIKH & TEMPAT
1.1 Kejohanan ini akan dilaksanakan pada 9 Oktober 2021 (Sabtu).
1.2 Lokasi pertandingan adalah di Stadium Mini Padang Terap.

FORMAT KEJOHANAN
2.1 Pasukan diundi dalam Lapan (8) kumpulan. Di mana setiap kumpulan dianggotai oleh empat (4) pasukan, Pusingan pertama dimainkan secara liga dalam kumpulan. Pusingan kedua dijalankan mengikut format Kalah Singkir.

3 KELAYAKAN PESERTA
3.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja yang berumur 18 Tahun ke atas dalam Daerah Padang Terap.
3.2 Semua peserta adalah dikalangan individu yang telah lengkap2 dos vaksinasi (14 hari selepas suntikan Dos kedua).
3.3 Pihak penganjur mensasarkan 32 buah pasukan sahaja.

4 PENDAFTARAN
4.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dikehendaki menyumbangkan yuran pertandingan sebanyak RM 30.00 (RINGGIT MALAYSIA : TIGA PULUH RINGGIT SAHAJA).

5 HADIAH KEJOHANAN
5.1 Johan = Piala Kejohanan, Medal, Sijil & Tunai 
5.2 Naib Johan = Medal, Sijil & Tunai 
5.3 Ketiga = Medal, Sijil & Tunai 
5.4 Keempat = Medal, Sijil & Tunai 
5.5 Semua penyertaan akan diberi eSijil Hari Sukan Negara 2021

6 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
6.1)Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 6 pemain (minima 5 pemain). Sekiranya salah seorang pemain tidak hadir, maka penjaga gol boleh mengambil tendangan.
6.2)Sekiranya 2 orang pemain tidak hadir, maka pasukan tesebut HILANG 1 sepakan penalti, dan seterusnya.
6.3)Setiap pemain yang didaftarkan adalah dikalangan Individu yang telah divaksin 2 dos (selepas 14 hari suntikan Dos kedua).
6.4)Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.
6.5)Setiap pasukan perlu melantik seorang Ketua Pasukan @ Pengurus dalam kalangan pemain yang didaftarkan.
6.6)Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan & kasut yang sesuai semasa pertandingan.
6.7)Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.
6.8)Sekiranya seri pada pusingan Kalah singkir. Sepakan penalti “suddent death” dilaksanakan. Sekirangan masih seri selepas 2 sepakan “sudent death”, maka kaedah lentingan syiling dilalkukan. Dimana pasukan yang menang lentingan syiling akan memilih sama ada untuk menendang atau bertahan. Jika jaringan dapat dilakukan, pasukan tersebut akan dikira sebgai pemenang, namun jika jaringan tidak dapat dilakukan pasukan yang bertahan akan dikira sebagai pemenang

7. KELOLAAN PERTANDINGAN
7.1) Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, dengan kerjasama KN Kiara Football Club.
7.1) Sekiranya pihak pengelola mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak pengelola berhak MEMBATALKAN penyertaan pasukan berkenaan dari menyertai pertandingan ini. 
7.2) Pihak pengelola berhak mengubahsuai peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar. Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh pihak pengelola. 

Muat turun dokumen pertandingan sila klik pada link di bawah :

Read more...

Tuesday, September 21, 2021

Pertandingan Timang Bola Sepak Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Padang Terap.

 SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

1.  TARIKH & KAEDAH PERLAKSANAAN
1.1 Peserta perlu muat naik Video Timangan pada laman facebook masing-masing mulai 1 Oktober hingga 9 Oktober 2021. 
1.2 Semasa muat naik Video di facebook, Peserta perlu memasukkan NAMA & HASHTAG #towardssportingnation2030   #hsn2021   #hsnpadangterap   #hsnhibrid pada post facebook tersebut.
1.3 Peserta perlu membuat PENDAFTARAN & memasukkan LINK @ PAUTAN Video Timangan Facebook pada Link Google Form berikut :- https://forms.gle/gFfyNgJ2hyt2tA868

2. KATEGORI PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori :-
2.1.1 Kategori Umur 13 – 17 Tahun 
2.1.2 Kategori 18 Tahun ke-atas

3 HADIAH PERTANDINGAN
3.1 Hadiah diberikan kepada pemenang tempat PERTAMA hingga KESEPULUH bagi setiap kategori.
3.2 Hadiah Medal & e-Sijil Penyertaan Hari Sukan Negara 2021

4 SYARAT PERTANDINGAN
4.1 Peserta dinilai dari jumlah timbangan sahaja.
4.2 Jumlah timbangan tertinggi akan dikira sebagai pemenang
4.3 Timbangan hanya menggunakan bahagian kaki, peha dan kepala sahaja.
4.4 Setiap satu timbangan, kaki perlu menyentuh lantai semula. Sekiranya peserta membuat timbangan 2 @ lebih tanpa meletakkan kaki ke lantai, maka hanya 1 timbangan sahaja akan diambil kira, tetapi tidak batal. 
4.5 Tempoh timbangan tidak melebihi 60 saat. Timbangan selepas 60 saat tidak di ambil kira. 
4.6 Kiraan akan bermula pada sentuhan pertama pada bahagian kaki hingga 60 saat.
4.7 Timbangan selepas bola jatuh dan menyentuh lantai/rumput atau & selepas tempoh 60 saat tidak akan diambil kira.
4.8 Timbangan yang meyentuh bahagian tangan (bahu ke hujung jari) adalah terbatal. 
4.9 Sekiranya berlaku seri, perbezaan timbangan kiri dan kanan di ambil kira (Perbezaan paling rendah dikira pemenang).

Terbuka kepada semua penduduk Daerah Padang Terap yang berumur 13 tahun ke atas.

Untuk muat turun Syarat & Peraturan Pertandingan sila klik ke SYARAT PENYERTAAN TIMANG BOLA 

Dianjurkan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, dengan kerjasama KN Kiara Football Club

Read more...

Sunday, September 5, 2021

YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Menteri Pembangunan Luar Bandar)

 Tahniah buat YB Dato Seri Mahdzir bin Khalid (Ahli Parlimen Padang Terap) atas perlantikan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar

Read more...

Sunday, July 11, 2021

Italy Juara Euro 2020 (2021)

Pasukan Itali muncul Juara Euro Edisi 2020 (2021) setelah menundukan England di Stadium Wembley, London awal pagi tadi (03:00 12 Julai 2021). Pasukan Itali menang melalui penentuan sepakan penalti 3-2 selepas kedua-dua padukan terikat 1-1 hingga masa tambahan. 




Read more...

Monday, June 28, 2021

PERTANDINGAN TIMBANG BOLA DI RUMAH MSDD PADANG TERAP 2021

PERTANDINGAN TIMBANG BOLA DI RUMAH MSDD PADANG TERAP 2021
Anjuran : Majlis Sukan Sekolah Daerah Padang Terap & KN Kiara Football Club

PENYERTAAN
Terbuka kepada Murid Sekolah Rendah di dalam Daerah Padang Terap sahaja.

KATEGORI PERTANDINGAN
Bawah 10, Bawah 11 & Bawah 12 Tahun.

SYARAT KELAYAKAN PENYERTAAN (Timbangan Minima)
B12 = 20 timbangan ke atas
B11 = 12 Timbangan ke atas
B10 = 10 Timbangan ke atas

SYARAT TIMBANGAN
Timbangan hanya melibatkan anggota badan iaitu kaki, lutut, paha dan kepala sahaja. Bahagian lain tidak dikira timbangan tetapi tidak terbatal.

TEMPOH PERTANDINGAN
Pertandingan Timbang bola bermula 1 Julai 2021 dan tarikh tutup adalah 20 Julai 2021

HADIAH SETIAP KATEGORI
JOHAN & NAIB JOHAN :-
- Piala, Bola Sepak & Sijil Pemenang

KETIGA hingga KELAPAN :-
- Piala & Sijil Pemenang.

Setiap penyertaan akan diberi Sijil Penyertaan 

Murid Rakam VIDEO TIMBANGAN & MUAT NAIK dalam GROUP Wasap TIMBANG BOLA MSSD PT 2021

Hantar Video bersama maklumat diri :
Nama : 
Kelas :
Nama Sek :
Umur :

Murid boleh menghantar maksima 2 kali timbangan video, pihak penganjur akan pilih Satu Timbangan yang tertinggi sahaja.

Read more...

Friday, June 25, 2021

Jadual Pusingan kedua, Suku Akhir, Separuh Akhir & Akhir Euro 2021

 Jom kita saksikan Siaran Lansung Peringkat Pusingan Kedua, Suku Akhir, Separuh Akhir & Akhir Euro 2021 di Astro, Sukan RTM & Okey TV
*Design EURO 2021 ini boleh muat turun untuk cetak sebagai banner untuk semua pihak yang berminat


Read more...

Monday, May 10, 2021

Selamat Hari Raya Aildilfitri dalam norma baru di Tahun 2021 / 1442H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 

Maaf Zahir dan Batin 
buat semua pemain-pemain KN Kiara FC, Para Ibu bapa & Waris, Para pengadil Padang Terap & Semua pemain pasukan bola sepak dan muslimin dan muslimat semua.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini masih dalam persekitaran yang belum aman dari jangkitan virus Covid-19. Kita sebagai rakyat malaysia yang prihatin seharusnya memahami dan memerima suasana perayaan aidilfitri tahun ini dalam suasana norma baru. Sentiasa mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan serta mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.

Jadi PEMUTUS, bukan PENCETUS rantaian COVID-19, kitalah yang bertanggungjawab untuk menjaga diri kita sendiri #KitaJagaKita

Ikhlas daripada :
Pihak Pengurusan Stadium Mini Padang Terap
KN KIARA FOOTBALL CLUB



Read more...

Thursday, May 6, 2021

Home Jersey KN KIARA FOOTBALL CLUB 2021

KN KIARA FOOTBALL  CLUB melancarkan jersi rasmi kelab untuk tahun 2021
pada 5 Mei 2021


Tempahan Jersi KN KIARA FC terbuka kepada individu yang berminat.

LENGAN PENDEK :
Saiz : 32, 34, 36, 38 = RM25
Saiz : XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL = RM34

LENGAN PANJANG :
Saiz : 32, 34, 36, 38 = RM28
Saiz : XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL = RM37

Boleh hubungi : 013-5336302
www.wasap.my/60135336302/JersiKNK

Read more...

Saturday, April 17, 2021

Salam Ramadhan Al-Mubarak

 
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua rakan jurulatih, pengurus, pemain & pengadil serta seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat dan makna kepada kita semua.

Ikhlas daripada :
Pihak Pengurusan Stadium Mini Padang Terap & Kelab Bolasepak KN Kiara

Read more...

Wednesday, March 24, 2021

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK BAWAH 15 TAHUN

Walaupun hanya sekadar Semut Kecil tapi Jiwa perlu besar dan berani. Sentiasa berani dan bersedia untuk berdepan dengan lawan yang lebih baik untuk menimba pengalaman.  Dalam perlawanan persahabatan, kalah menang bukanlah matlamat utama tetapi pengalaman beraksi dengan pasukan yang berkualiti adalah lebih utama seterusnya membantu meningkatkan prestasi pasukan di masa akan datang.


Pengalaman tidak boleh dibeli, pengalaman adalah hasil pendedahan kepada sesuatu peristiwa sebenar dalam alam sekeliling.


PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK BAWAH 15 TAHUN


U15 KN KIARA FC vs PLD KMY KJ U15
Tarikh : 26 Mac 2021 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Stadium Mini Padang Terap

U15 KN KIARA FC vs U15 LANG MUDA
Tarikh : 29 Mac 2021 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Stadium Mini Padang Terap



Read more...

Anugerah Juara Bulanan 2021


ANUGERAH JUARA BULANAN 2021
Anugerah Juara Bulanan ini akan diberi kepada pasukan yang mengumpul mata tertinggi dalam setiap Perlawanan Persahabatan Bola Sepak di STADIUM MINI PADANG TERAP untuk sepanjang tahun 2021 (Mulai Mac).

PEMBERIAN MATA :
Menang = 3 mata
Seri = 2 Mata
Kalah = 1 Mata

Kami sentiasa menghargai setiap pasukan yang bertandang ke Stadium Mini Padang Terap bagi mengadakan perlawanan persahabatan. Pasukan yang kerap menempah perlawanan di Stadium Mini Padang Terap berpeluang untuk memenagi Anugerah ini.

HADIAH BULANAN :-
Piala Pusingan, Plak Cenderahati & Sijil Penghargaan

HADIAH SAMPINGAN :-
- Hamper dan lain2
(Hadiah ini tidak tetap, bergantung kpd sponsor)

Dikelolakan oleh :-
KN KIARA FOOTBALL CLUB
www.knkiarafc.blogspot.com
JOM Like page KN KIARA Football Club


Read more...

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK B12

 

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK B12
- 19 Mac 2021 (Jumaat)
- Stadium Mini Padang Terap
Senarai Pasukan :
- KN KIARA FC (U11)
- KN KIARA FC (U12)
- AT KS U11 (A)
- AT KS U11 (B)
- KK JITRA
- TUFC KIDS


Read more...

Tuesday, January 12, 2021

Brosur Stadium Mini Padang Terap


Read more...

Perlawanan U16 Padang Terap menentang U16 Lang Muda

Perlawanan persahabatan antara u16 Padang Terap dan u16 Lang Muda telah diadakan pada 11 Januari 2021 (Jam 8.30 pagi) bertempat di Stadium Mini Padang Terap. Terima kasih kepada kedua-dua pasukan kerana sudi bertandang ke Stadium Mini Padang Terap bagi mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak.


Read more...

Thursday, January 7, 2021

Perlawanan Persahabatan Pilihan Veteran Kuala Lumpur (PBSMWP) dengan Veteran Exs-Kedah

Pasukan Veteran Melayu Kuala Lumpur (PBSMWP) akan berentap bagi mendadakan dua siri perlawanan persahabatan di Stadium Mini Padang Terap pada 8 & 9 Januari 2021.

Pada 8 Januari 2021 (Jumaat), pasukan Veteran Melayu Kuala Lumpur akan menentang pasukan Veteran Exs-Kedah Darul Aman. Manakala pada 9 Januari 2021 (Sabtu), pasukan Veteran Melayu Kuala Lumpur akan menentang pasukan Veteran Padang Terap. 

Perlawanan ini ditaja khas oleh AMD Resort Camp Perik, dengan kerjasama KN Kiara Football Club. Terima kasih buat para bekas pemain bola sepak yang hebat suatu ketika dulu, yang sudi bertandang ke Stadium Mini Padang Terap bagi mengadakan perlawanan persahabatan.


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP