Tuesday, September 21, 2021

Pertandingan Timang Bola Sepak Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Padang Terap.

 SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

1.  TARIKH & KAEDAH PERLAKSANAAN
1.1 Peserta perlu muat naik Video Timangan pada laman facebook masing-masing mulai 1 Oktober hingga 9 Oktober 2021. 
1.2 Semasa muat naik Video di facebook, Peserta perlu memasukkan NAMA & HASHTAG #towardssportingnation2030   #hsn2021   #hsnpadangterap   #hsnhibrid pada post facebook tersebut.
1.3 Peserta perlu membuat PENDAFTARAN & memasukkan LINK @ PAUTAN Video Timangan Facebook pada Link Google Form berikut :- https://forms.gle/gFfyNgJ2hyt2tA868

2. KATEGORI PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori :-
2.1.1 Kategori Umur 13 – 17 Tahun 
2.1.2 Kategori 18 Tahun ke-atas

3 HADIAH PERTANDINGAN
3.1 Hadiah diberikan kepada pemenang tempat PERTAMA hingga KESEPULUH bagi setiap kategori.
3.2 Hadiah Medal & e-Sijil Penyertaan Hari Sukan Negara 2021

4 SYARAT PERTANDINGAN
4.1 Peserta dinilai dari jumlah timbangan sahaja.
4.2 Jumlah timbangan tertinggi akan dikira sebagai pemenang
4.3 Timbangan hanya menggunakan bahagian kaki, peha dan kepala sahaja.
4.4 Setiap satu timbangan, kaki perlu menyentuh lantai semula. Sekiranya peserta membuat timbangan 2 @ lebih tanpa meletakkan kaki ke lantai, maka hanya 1 timbangan sahaja akan diambil kira, tetapi tidak batal. 
4.5 Tempoh timbangan tidak melebihi 60 saat. Timbangan selepas 60 saat tidak di ambil kira. 
4.6 Kiraan akan bermula pada sentuhan pertama pada bahagian kaki hingga 60 saat.
4.7 Timbangan selepas bola jatuh dan menyentuh lantai/rumput atau & selepas tempoh 60 saat tidak akan diambil kira.
4.8 Timbangan yang meyentuh bahagian tangan (bahu ke hujung jari) adalah terbatal. 
4.9 Sekiranya berlaku seri, perbezaan timbangan kiri dan kanan di ambil kira (Perbezaan paling rendah dikira pemenang).

Terbuka kepada semua penduduk Daerah Padang Terap yang berumur 13 tahun ke atas.

Untuk muat turun Syarat & Peraturan Pertandingan sila klik ke SYARAT PENYERTAAN TIMANG BOLA 

Dianjurkan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, dengan kerjasama KN Kiara Football Club

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP