Wednesday, March 24, 2021

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK BAWAH 15 TAHUN

Walaupun hanya sekadar Semut Kecil tapi Jiwa perlu besar dan berani. Sentiasa berani dan bersedia untuk berdepan dengan lawan yang lebih baik untuk menimba pengalaman.  Dalam perlawanan persahabatan, kalah menang bukanlah matlamat utama tetapi pengalaman beraksi dengan pasukan yang berkualiti adalah lebih utama seterusnya membantu meningkatkan prestasi pasukan di masa akan datang.


Pengalaman tidak boleh dibeli, pengalaman adalah hasil pendedahan kepada sesuatu peristiwa sebenar dalam alam sekeliling.


PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK BAWAH 15 TAHUN


U15 KN KIARA FC vs PLD KMY KJ U15
Tarikh : 26 Mac 2021 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Stadium Mini Padang Terap

U15 KN KIARA FC vs U15 LANG MUDA
Tarikh : 29 Mac 2021 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Stadium Mini Padang Terap



0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP