Friday, October 18, 2019
SK Sultan Ahmad Tajuddin muncul Juara Kejohanan Bola Sepak PASCA UPSR Peringkat Negeri Kedah 2019
SK Sultan Ahmad Tajuddin muncul Juara Kejohanan Bola Sepak PASCA UPSR Peringkat Negeri Kedah sempena Karnival Keusahawanan SK Padang Terap 2019. Kejohanan ini dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Padang Terap dan KN Kiara Football Club. SK Sultan Ahmad Tajuddin berjaya menewaskan SK Iskandar pada perlawanan Akhir melalui tendangan penalti 6-5 setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Read more...
Labels:
Bola Sepak PASCA UPSR,
Karnival Tahun 6
Thursday, October 3, 2019
Kejohanan Bola Sepak PASCA UPSR & Sepak Penalti (B12) Peringkat Negeri Kedah 2019
Kejohanan Bola Sepak PASCA UPSR & Sepak Penalti (B12) Peringkat Negeri Kedah 2019 sempena Karnival Keusahawanan SK Padang Terap 2019 akan diadakan pada 10 Oktober 2019, bertempat di Padang SK Padang Terap. Kejohanan ini dianjurkan oleh KN Kiara Football Club dan Sekolah Kebangsaan Padang Terap.
Read more...
Labels:
BOLA SEPAK B12,
Karnival Keusahawanan
Saturday, August 31, 2019
Merdeka Football League Cup U8 & U10 2019
Pasukan B10 KN KIARA FC telah menyertai "Merdeka Football League Cup U8 & U10 2019" yang diadakan pada 31 Ogos 2019 bertempat di SMK Dato' Syed Omar, Alor Setar Kedah. Kejohanan ini dianjurkan oleh RTS Produvtion & WAFA Harmoni. Pasukan Bawah 10 KN Kiara FC mencatat 1 Kemenangan & 3 kekalahan di peringkat kumpulan.
Keputusan Kumpulan C
KN Kiara FC 4 - 0 Mountain Eagle (A)
KN Kiara FC 0 - 1 ZNR Soccer Kids
KN Kiara FC 1 - 3 Kenari Kid Jitra
KN Kiara FC 0 - 3 Taman Uda FC
Read more...
Labels:
BOLA SEPAK B10
Tahniah Skuad B11 SK Padang Terap Mendapat Tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1M 1S KPM-YBR Peringkat Daerah Padang Terap 2019
Skuad B11 SKPT Mendapat Tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1Murid 1Sukan KPM-Yayasan Bank Rakyat Peringkat Daerah Padang Terap 2019. Pasukan SKPT tewas melalui sepakan penalti 4-3 setelah seri 2-2 dengan SKTARP pada peringkat separuh akhir.
Keputusan Perlawanan :
Pusingan Pertama :
SKPT 6 - 0 SK Tandop Besar
SKPT 2 - 1 SK Perik
SKPT 1 - 4 SKTARP
Pusingan Kedua :
SKPT 3 - 0 SK Panglima Awang
SKPT 1 - 0 SK Tualak
Separuh Akhir :
SKPT 2 - 2 SKTARP
(SKPT tewas penalti 3-4)
Read more...
Pusingan Pertama :
SKPT 6 - 0 SK Tandop Besar
SKPT 2 - 1 SK Perik
SKPT 1 - 4 SKTARP
Pusingan Kedua :
SKPT 3 - 0 SK Panglima Awang
SKPT 1 - 0 SK Tualak
Separuh Akhir :
SKPT 2 - 2 SKTARP
(SKPT tewas penalti 3-4)
Labels:
Akademi Bola Sepak SKPT,
BOLA SEPAK B11
Saturday, May 25, 2019
Majlis Berbuka Puasa Kelab Bolasepak KN Kiara bersama Guru & Atlit SKPT
Majlis Berbuka Puasa Kelab Bolasepak KN Kiara bersama Guru & Atlit SKPT diadakan pada 25 Mei 2019 (Sabtu) bertempat di Dewan Perdana SK Padang Terap.
Read more...
Read more...
Labels:
Akademi Bola Sepak SKPT,
IFTAR
Tuesday, May 14, 2019
SK Padang Terap JOHAN Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2019
Syukur Alhamdulillah Program Pembangunan yang dilaksanakan membuahkan hasil. Program Akademi Bola Sepak SK Padang Terap yang mula dilaksanakan pada Ogos 2017 telah berjaya melahirkan pemain-pemain yang berkualiti dan berdaya saing serta mempunyai semangat juang yang tinggi. Di mana sebahagian besar Pelatih Akademi Bola Sepak terdiri dari Murid SK Padang Terap.
Kejuaraan ini telah mencapai Target (KPI) Kelab Bolasepak KN Kiara yang mensasarkan JOHAN DAERAH setelah 3 tahun melaksanakan program ini.
TAHNIAH Pemain Bola Sepak SK Padang Terap yang mempamerkan semangat juang yang Cukup Tinggi dalam mencapai sebuah kejayaan yang di idamkan. Akhirnya berjaya dinobatkan sebagai JUARA Kejohanan Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2019.
TAHNIAH & TERIMA KASIH buat Coach Akademi Bola Sepak SKPT yang sentiasa membantu menjayakan program pembangunan ini iaitu Coach Mohd Fairus, Coach Din My Team, Coach Along (Wan Muhd Hafiz), Coach Mohd Zanbri Nizam, Coach Abdul Hakim, Coach Ammar, Coach Eizas & Manager Mohamad Shahir dan juga Cikgu Ahmad Ruslan Abdul Rahim
Sekalung penghargaan dan Terima Kasih buat Pihak Pentadbir Sekola, Tuan Guru Besar & Rakan Pentadbir, Semua Guru & Staf serta murid SKPT, Para Ibu Bapa dan Waris atas doa dan sokongan untuk kejayaan 2019
SK Padang Terap menundukkan SK Kurong Hitam pada perlawanan Akhir dengan jaringan 1-0. Gol kemenangan hasil jaringan Abdul Hakim @! Bidol melalui sepakan peruma yang menarik dari jarak 30 Meter.
Subscribe to:
Posts (Atom)


























