Tuesday, May 14, 2019

SK Padang Terap JOHAN Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2019


Syukur Alhamdulillah Program Pembangunan yang dilaksanakan membuahkan hasil. Program Akademi Bola Sepak SK Padang Terap yang mula dilaksanakan pada Ogos 2017 telah berjaya melahirkan pemain-pemain yang berkualiti dan berdaya saing serta mempunyai semangat juang yang tinggi. Di mana sebahagian besar Pelatih Akademi Bola Sepak terdiri dari Murid SK Padang Terap.

Kejuaraan ini telah mencapai Target (KPI) Kelab Bolasepak KN Kiara yang mensasarkan JOHAN DAERAH setelah 3 tahun melaksanakan program ini.

TAHNIAH Pemain Bola Sepak SK Padang Terap yang mempamerkan semangat juang yang Cukup Tinggi dalam mencapai sebuah kejayaan yang di idamkan. Akhirnya berjaya dinobatkan sebagai JUARA Kejohanan Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2019.

TAHNIAH & TERIMA KASIH buat Coach Akademi Bola Sepak SKPT yang sentiasa membantu menjayakan program pembangunan ini iaitu Coach Mohd Fairus, Coach Din My Team, Coach Along (Wan Muhd Hafiz), Coach Mohd Zanbri Nizam, Coach Abdul Hakim, Coach Ammar, Coach Eizas & Manager Mohamad Shahir dan juga Cikgu Ahmad Ruslan Abdul Rahim

Sekalung penghargaan dan Terima Kasih buat Pihak Pentadbir Sekola, Tuan Guru Besar & Rakan Pentadbir, Semua Guru & Staf serta murid SKPT, Para Ibu Bapa dan Waris atas doa dan sokongan untuk kejayaan 2019
SK Padang Terap menundukkan SK Kurong Hitam pada perlawanan Akhir dengan jaringan 1-0. Gol kemenangan hasil jaringan Abdul Hakim @! Bidol melalui sepakan peruma yang menarik dari jarak 30 Meter.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP