Thursday, July 28, 2022

Pasukan Vetren PSKPPK Padang Terap mendapat tempat keempat Pesta PSKPP KEDAH 2022

PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI KEDAH 2022 PERSATUAN SUKAN & KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN KEDAH

Pasukan Bola Sepak Veteran PSKPPK Padang Terap mendapat tempat ke-4 dalam pada pesta PSKPPK 2022 yang berlansung di Daerah Kulim Bandar Baru pada 18 - 21 Mei 2022.

Pada perlawanan penentuan tempat ke-3/4 pasukan PSKPPK Padang Terap berjaya mendahului PSKPPK Pendang pada babak pertama permainan melalui sepakan jauh Cikgu Mohd Nasir. Pasukan PSKPPK Pendang berjaya menyamakan kedudukan pada akhir separuh masa kedua untuk mengikat keputusan sehingga masa tambahan dengan 1-1.

Pasukan PSKPPK Padang Terap akhirnya tewas melalui tendangan penalti 2-3 seterusnya mendapat tempat ke-4 untuk tahun 2022.

KEPUTUSAN PERLAWANAN
Pusingan 1 (Kumpulan A)
PADANG TERAP 3 - 1 SIK
PADANG TERAP 0 - 1 PENDANG

Pusingan 2 (Kumpulan Y)
PADANG TERAP 0 - 0 KUBANG PASU
PADANG TERAP 0 - 0 BALING

Penentuan 3/4
PADANG TERAP 1 - 1 PENDANG
(tewas penalti 2 - 3)

Pasukan PSKPPK Padang Terap dibarisi oleh beberapa AJK Induk Kelab Bola Sepak KN Kiara FC iaitu Cikgu Mohamed Faisal, Cikgu Zubed, Cikgu Yusri Shah, Cikgu Zahari, Cikgu Zool Helmey, Cikgu Naser Wahab dan Cikgu Fairus (Pong).
#PSKPPK
#padangterap

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP