Thursday, December 10, 2020

Program TUNAS BINTANG PADANG TERAP 2021

PENGENALAN
Dalam sejarah bola sepak moden, terdapat beberapa faktor utama yang menjadi pemangkin kepada kejayaan program pembangunan bola sepak di sesebuah negara. Antaranya ialah persekitaran semula jadi sukan (natural sport surrounding) yang wujud dalam satu masyarakat yang kemudiannya dioptimumkan melalui program pembangunan bola sepak.
Program TUNAS BINTANG PADANG TERAP ini merupakan sebuah program pembangunan akar umbi di Daerah Padang Terap. Kelab Bola Sepak KN Kiara akan berkerjasama dan berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Daerah Padang Terap (PBSDPT), Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Padang Terap, Masjlis Sukan Daerah Padang Terap, Pejabat Parlimen Padang Terap dan Pejabat ADUN Kuala Nerang bagi bersama-sama membantu menjayakan program yang dirancang ini.
Program TUNAS BINTANG PADANG TERAP ini menghimpunkan pemain-pemain berbakat bawah 12 Tahun dari seluruh Daerah Padang Terap. Para pemain akan menjalani latihan selama 3 hari seminggu oleh para jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman.
Diharapkan Program TUNAS BINTANG PADANG TERAP dapat melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan diperingkat MSSK dan peringkat yang lebih tinggi dalam membantu sukan bola sepak negara dalam melahirkan pemain bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Daerah Padang Terap sebuah daerah yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti.

MATLAMAT
Mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatkan kuantiti dan kualiti pemain dalam memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap Khususnya.  
Di samping itu  program ini dapat mencungkil bakat–bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya. Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti pasukan dari Daerah Padang Terap mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di peringkat Negeri dan Kebangsaan.

SASARAN PEMAIN
- Pemain yang berumur dari 9 hingga 12 Tahun di dalam Daerah Padang Terap
- Mensasarkan 60 Pemain berbakat yang dipilih dari seluruh sekolah di dalam Daerah Padang Terap.

PERLAKSANAAN PROGRAM 
- Program Latihan Tunas Bintang Padang Terap akan diadakan 3 kali seminggu pada hari Khamis , Jumaat & sabtu.
- Masa Latihan :-
      : 8.30 pagi – hingga 11.00 pagi (Jamaat & Sabtu)
: 5.00 petang  – 7.00 petang (Hari Khamis) “Match Day”

PENGURUSAN & PERLAKSANAAN PROGRAM
Pengurusan & perlaksanaan Program TUNAS BINTANG PADAN TERAP akan uruskan oleh pihak KELAB BOLASEPAK KN KIARA. Kelab Bolasepak KN Kiara adalah sebuah badan sukan yang sah berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

SUMBANGAN DANA PROGRAM
Sumbangan dana Program TUNAS BINTANG PADANG TERAP boleh disalurkan melalui akaun Kelab Bolasepak KN Kiara. Setiap sumbangan akan diberikan resit rasmi dan sijil penghargaan.
Maklumat Akaun Kelab : KN KIARA FOOTBALL CLUB
Nombor akaun : 3210 0657 10 
Nama Bank : PUBLIC BANK POKOK SENA 



0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP