Saturday, August 26, 2023

U16 KN KIARA SUPER CUP 2023


Muat turun dokumen
U16 KN KIARA SUPER CUP 2023


Read more...

Saturday, July 15, 2023

Kejohanan Bola Sepak Malaysia Little League 2022 Daerah Padang Terap

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 & 16 Tahun Malaysia Little League 2022 Peringkat Daerah Padang Terap yang diadakan pada 23 & 24 September 2022 lalu.

KEPUTUSAN KATEGORI BAWAH 12 TAHUN
Johan : SK Tunku Abdul Rahman Putra
Naib Johan : SK Padang Terap
Ketiga : SK Pedu / SK Tandop Besar

KEPUTUSAN KATEGORI BAWAH 16 TAHUN
Johan : SMK Naka
Naib Johan : SMK Lubok Merbau
Ketiga : SMK Kuala Nerang / SMK Pedu

Read more...

Friday, July 14, 2023

Ukuran padang bola sepak


Ukuran padang bola sepak adalah aspek yang penting dalam menentukan peraturan dan strategi permainan. Dimensi padang mempengaruhi jumlah ruang yang tersedia untuk pemain bergerak, mengatur serangan, dan bertahan.

Setiap padang bola sepak mempunyai ukuran yang ditetapkan untuk memastikan keadilan dan konsistensi dalam permainan.

Standard Ukuran Padang Bola Sepak
Menurut peraturan FIFA, padang bola sepak yang digunakan dalam pertandingan antarabangsa harus mematuhi ukuran yang ditetapkan. Secara amnya, ukuran standard padang bola sepak adalah kira-kira 100 hingga 110 meter lebar dan 64 hingga 75 meter panjang.

Walau bagaimanapun, terdapat variasi dalam ukuran padang bergantung kepada faktor seperti keperluan peraturan tempatan dan jenis permainan yang dimainkan.

Ukuran Padang Bola Sepak Menurut Peringkat :-

1. Ukuran Padang Bola Sepak Peringkat Antarabangsa
Pada peringkat antarabangsa, FIFA menetapkan ukuran standard padang bola sepak. Untuk perlawanan antarabangsa, ukuran padang adalah 105 hingga 110 meter lebar dan 68 hingga 75 meter panjang. Ini memastikan konsistensi dan keseragaman dalam permainan di peringkat global.

2. Ukuran Padang Bola Sepak Peringkat Tempatan
Di peringkat tempatan, terdapat variasi dalam ukuran padang bergantung kepada peraturan dan piawaian liga atau negara. Ukuran padang biasanya disesuaikan dengan mempertimbangkan faktor seperti keperluan ruang dan keperluan tempatan.

Walau bagaimanapun, ukuran yang paling biasa adalah dalam julat 100 hingga 110 meter lebar dan 64 hingga 75 meter panjang.

Berikut adalah tabel lengkap mengenai ukuran padang bola sepak:


Perlu diingat bahawa ukuran padang dapat sedikit berbeza bergantung pada faktor tempatan dan peraturan liga tertentu.

Tetapi dalam kebanyakan kes, ukuran padang akan berada dalam julat yang dinyatakan dalam jadual di atas.

Ukuran padang bola sepak memainkan peranan penting dalam memastikan permainan berjalan dengan lancar dan memberikan pengalaman yang seragam kepada pemain dan penonton.

Read more...

Tuesday, May 30, 2023

U17 KN KIARA FC juara "U17 KN KIARA FRIENDSHIP CUP 2023"

Tahniah buat Skuad U17 KN KIARA FC kerana muncul Juara Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru "U17 KN KIARA FRIENDSHIP CUP 2023" dengan mencatat 7 mata hasil dari 2 kemenangan dan 1 seri. Tahniah juga buat Skuad U15 KN KIARA FC kerana muncul Naib Juara dengan mengumpul 5 mata hasil hasil dari 1 kemenangan dan 2 seri.


Kejohanan 4 penjuru kali ini diadakan pada 28 Mei 2023 (Ahad) bertempat di Stadium Mini Padang Terap. Terima kasih kepada Sport Warrior Sg. Kob FC (Kulim) dan F.A.B FC (Pokok Sena) atas kesudian menyertai kejohanan 4 penjuru pada kali ini.


Terima kasih kepada Coach Faizal Abu Bakar (Sepet) & Coach Haikal (SWSK FC) atas kesudian menyampaikan hadiah & Sijil buat para pemain.



Read more...

Friday, December 30, 2022

U16 KN KIARA FC muncul Naib Johan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 16 Tahun 2022


Skuad U16 KN KIARA FC menjuarai Carta Liga dengan mengumpul 13 mata hasil dari 4 kemenangan, 1 seri & 1 kalah. Kejohanan dianjurkan oleh Sena Football Central yang diadakan di Sena Sport Central Pokok Sena pada 30 Disember 2022 (Jumaat).

Perlawanan akhir menemukan KN KIARA FC menentang FCM JR yang berkesudahan seri 1-1. KN KIARA FC tewas melalui sepakan Penalti 3-4. 

Tahniah kepada pasukan U16 KN KIARA FC muncul Naib Johan Liga Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 16 Tahun 2022. Terima kasih buat pihak waris yang membantu.

Keputusan Perlawanan :-
KN KIARA FC 0 - 1 FCM JR
KN KIARA FC 0 - 0 SENA FC
KN KIARA FC 2 - 0 P.SENA TAMILAN
KN KIARA FC 2 - 0 KURAZZ FC
KN KIARA FC 1 - 0 YOUNG SOCCER
KN KIARA FC 2 - 0 PANDORA FC

Perlawanan Akhir
KN KIARA FC 1 - 1 FCM JR
(Tewas penalti 3-4)


Read more...

Kejohanan Bolasepak Bawah 16 Tahun World Cup 2022 terbuka Negeri Kedah

Pasukan U16 KN KIARA FC telah menyertai Kejohanan Bolasepak Bawah 16 Tahun World Cup 2022 terbuka Negeri Kedah yang di adakan pada 26 November 2022 lalu bertempat di Pendang, Kedah.


Pasukan U16 KN KIARA FC berjaya mucul johan Group E dengan mengumpul 9 mata setelah mencatat 3 kemenangan. Diperingkat Suku Akhir pasukan KN KIARA FC tewas melalui tendangan penalti 1-3 setelah seri tanpa 1-1 selepas tamat masa permainan..


Read more...

Friday, November 11, 2022

Program Kolaborasi Bola Sepak antara KN Kiara Football Club dan SWSK FC


Program Kolaborasi Bola Sepak antara KN Kiara Football Club dan Sport Warrior Sungai Kob Football Club. 
Tarikh : 12 November 2022 (Sabtu).
Masa : 8.00 - 12.00 tghari
Tempat : Stadium Mini Padang Terap

Semoga program pembangunan seperti ini dapat memberi pendedahan yang baik buat semua pemain. Terima Kasih kepada Pihak Sport Warrior Sungai Kob FC atas kesudian bertandang ke Stadium Mini Padang Terap. 

Perlawanan persahabatan Bawah 12 Tahun :-
U12 KN KIARA FC ( 2 ) - ( 0 ) U12 SWSK FC 

Perlawanan bola sepak bawah 16 tahun 
Piala Presiden KN Kiara Football Club 
U16 KN KIARA FC ( 8 ) - ( 0 ) U16 SWSK FC

Terima kasih buat semua pemain dan pengurusan serta pihak ibu bapa yang terlibat dalm menjayakan program pembangunan ini.. Tahniah buat semua pemain KN Kiara Football Club

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP