Tuesday, May 30, 2023

U17 KN KIARA FC juara "U17 KN KIARA FRIENDSHIP CUP 2023"

Tahniah buat Skuad U17 KN KIARA FC kerana muncul Juara Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru "U17 KN KIARA FRIENDSHIP CUP 2023" dengan mencatat 7 mata hasil dari 2 kemenangan dan 1 seri. Tahniah juga buat Skuad U15 KN KIARA FC kerana muncul Naib Juara dengan mengumpul 5 mata hasil hasil dari 1 kemenangan dan 2 seri.


Kejohanan 4 penjuru kali ini diadakan pada 28 Mei 2023 (Ahad) bertempat di Stadium Mini Padang Terap. Terima kasih kepada Sport Warrior Sg. Kob FC (Kulim) dan F.A.B FC (Pokok Sena) atas kesudian menyertai kejohanan 4 penjuru pada kali ini.


Terima kasih kepada Coach Faizal Abu Bakar (Sepet) & Coach Haikal (SWSK FC) atas kesudian menyampaikan hadiah & Sijil buat para pemain.



Read more...

Friday, December 30, 2022

U16 KN KIARA FC muncul Naib Johan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 16 Tahun 2022


Skuad U16 KN KIARA FC menjuarai Carta Liga dengan mengumpul 13 mata hasil dari 4 kemenangan, 1 seri & 1 kalah. Kejohanan dianjurkan oleh Sena Football Central yang diadakan di Sena Sport Central Pokok Sena pada 30 Disember 2022 (Jumaat).

Perlawanan akhir menemukan KN KIARA FC menentang FCM JR yang berkesudahan seri 1-1. KN KIARA FC tewas melalui sepakan Penalti 3-4. 

Tahniah kepada pasukan U16 KN KIARA FC muncul Naib Johan Liga Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 16 Tahun 2022. Terima kasih buat pihak waris yang membantu.

Keputusan Perlawanan :-
KN KIARA FC 0 - 1 FCM JR
KN KIARA FC 0 - 0 SENA FC
KN KIARA FC 2 - 0 P.SENA TAMILAN
KN KIARA FC 2 - 0 KURAZZ FC
KN KIARA FC 1 - 0 YOUNG SOCCER
KN KIARA FC 2 - 0 PANDORA FC

Perlawanan Akhir
KN KIARA FC 1 - 1 FCM JR
(Tewas penalti 3-4)


Read more...

Kejohanan Bolasepak Bawah 16 Tahun World Cup 2022 terbuka Negeri Kedah

Pasukan U16 KN KIARA FC telah menyertai Kejohanan Bolasepak Bawah 16 Tahun World Cup 2022 terbuka Negeri Kedah yang di adakan pada 26 November 2022 lalu bertempat di Pendang, Kedah.


Pasukan U16 KN KIARA FC berjaya mucul johan Group E dengan mengumpul 9 mata setelah mencatat 3 kemenangan. Diperingkat Suku Akhir pasukan KN KIARA FC tewas melalui tendangan penalti 1-3 setelah seri tanpa 1-1 selepas tamat masa permainan..


Read more...

Friday, November 11, 2022

Program Kolaborasi Bola Sepak antara KN Kiara Football Club dan SWSK FC


Program Kolaborasi Bola Sepak antara KN Kiara Football Club dan Sport Warrior Sungai Kob Football Club. 
Tarikh : 12 November 2022 (Sabtu).
Masa : 8.00 - 12.00 tghari
Tempat : Stadium Mini Padang Terap

Semoga program pembangunan seperti ini dapat memberi pendedahan yang baik buat semua pemain. Terima Kasih kepada Pihak Sport Warrior Sungai Kob FC atas kesudian bertandang ke Stadium Mini Padang Terap. 

Perlawanan persahabatan Bawah 12 Tahun :-
U12 KN KIARA FC ( 2 ) - ( 0 ) U12 SWSK FC 

Perlawanan bola sepak bawah 16 tahun 
Piala Presiden KN Kiara Football Club 
U16 KN KIARA FC ( 8 ) - ( 0 ) U16 SWSK FC

Terima kasih buat semua pemain dan pengurusan serta pihak ibu bapa yang terlibat dalm menjayakan program pembangunan ini.. Tahniah buat semua pemain KN Kiara Football Club

Read more...

Monday, August 29, 2022

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Padang Terap 2022

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD PAdang Terap diadakan pada 28 & 29 Ogos 2022 bertempat di SK Padang Terap.




Read more...

Kejohanan Bola sepak Bawah 12 "KN Kiara Freindship Cup 2022"

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun "KN Kiara Friendship Cup 2022" telah diadakan pada 24 Ogos 2022. Kejohanan di sertai oleh 8 buah sekolah di dalam Daerah Padang Terap.  Kejohanan ini dianjurkan leh KN Kiara Football Club dan SK Padang Terap.


Read more...

Kejohanan Bola Sepak B15 & B18 MSSD Padang Terap 2022

Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 & Bawah 12 Tahun MSSD  Padang Terap di adakan pada 13 - 15 Julai 2022 lalu.



Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP