Thursday, November 11, 2021

Peluang untuk Belajar (Sijil/Diploma) serta bermain Bola Sepak di Cyberlynx International College

Pihak Cyberlynx telah membuat perjanjian kerjasama dengan KN Kiara Football Club bagi Program Pelajar Atlit di Cyberlynx International College.

Program Pelajar Atlit di Cyberlynx ini memberi peluang kepada Anak-anak Padang Terap yang berbakat dalam Bola sepak iaitu Lepasan SPM yang berumur 18 – 23 tahun untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma disamping mengikuti latihan bola sepak di Akademi Bolasepak Cyberlynx selama 2 tahun setengah.

Pengajian di  Cyberlynx memberi peluang untuk anak-anak muda mengembangkan potensi Akademik & potensi Sukan Bola sepak. Pihak kolej menyediakan Latihan & Platform Profesional dalam bola sepak untuk pelajar secara serius.

Kelebihan Cyberlynx :-
- Mendapat Diploma yang diiktiraf oleh KPM
- Pelajar akan diberi Biasiswa Pengajian PTPTN 
- Berpeluang untuk menyertai latihan bola sepak secara professional 
- Berpeluang untuk menyertai pertandingan professional

Dengan adanya kelulusan Diploma & Bakat Bolasepak yang dikembangkan secara optima, ianya memberi peluang masa depam cerah untuk mendapat pekerjaan, berpeluang untuk menyertai kelab-kelab bola sepak & juga berpeluang untuk sambung pengajian Ijazwh di universiti.

Bagi anak-muda di Padang Terap yang berbakat dalam bola sepak & tak dapat sambung belajar dimana-mana institut pengajian, boleh hubungi saya 013-5336302

Read more...

Monday, November 8, 2021

Harga padang & pengadil untuk perlawanan persahabatan bola sepak di Stadium Mini Padang Terap

 

Harga padang & pengadil untuk perlawanan persahabatan bola sepak di Stadium Mini Padang Terap adalah seperti berikut :-

HARGA PADANG
A) RM100 (Padang sahaja)
B) RM120 (Padang + Match Ball)

HARGA PENGADIL
A) Harga Pengadil = RM120 (70 minit)
     (Masa permainan = 35+35 minit)
B) Harga Pengadil = RM150 (90 minit)
     (Masa permainan = 45+45 minit @ 30+30+30 Minit)

CONTOH PENGIRAAN
Contoh 1 :- 
Padang RM100 + Pengadil RM120 (70 minit)
= RM220 bahagi 2 pasukan
= RM110 - Bayaran untuk setiap pasukan.

Contoh 2 :- 
Padang & Bola RM120 + Pengadil RM150 (90 minit)
= RM270 bahagi 2 pasukan
= RM135 - Bayaran untuk setiap pasukan.

Untuk tempahan perlawanan bola sepak, boleh hubungi :-
013-5336302, 019-4509496


Read more...

Friday, October 15, 2021

PPN FASA 3 : SOP PEMBUKAAN STADIUM MINI PADANG TERAP

 

Semua Pemain DIWAJIBKAN untuk mengisi Borang 1 sebelum memulakan perlawanan.

Semua Pengadil DIWAJIBKAN untuk mengisi Borang 2 sebelum memulakan perlawanan.

MUAT TURUN DOKUMEN :-
BORANG 1 (PEMAIN) - Format PDF
BORANG 2 (PENGADIL) - Format PDF


Read more...

Pelan pemulihan Negara Fasa 3 : Aktiviti Sukan & Rekreasi



Read more...

Sunday, October 10, 2021

Kelasi FC muncul Juara Pertandingan Sepak Penalti Hari Sukan Negara 2021

 

Pasukan Kelasi FC telah muncul Juara Pertandingan Sepak Penalti Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Padang Terap. Pasukan Kelasi FC muncul juara setelah menundukkan Sifu FC pada perlawanan akhir dengan jaringan 4 - 3.

Hadiah disampaikan oleh En Muhamad Jasnizam bin Mohamad Husni, Setiausaha Sulit Menteri Pembangunan Luar Bandar. Turut hadir Mohd Zarif (Armada Padang Terap) & En Mohd Farizan (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap)

Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan dikelolakan oleh KN KIARA FOOTBALL CLUB

Read more...

Friday, September 24, 2021

Tahniah 3 peserta MSSD Padang Terap yang berjaya di peringkat MSSK

TAHNIAH & SYABAS buat peserta MSSD Padang Terap yang telah berjaya di Peringkat MSS Kedah dalam Pertandingan Kemahiran Bola Sepak (Individu) Secara Dalam Talian 2021.

NUR QAISARA INARAH BT MOHAMAD TARMIZI (SK Tandop Besar)
- JOHAN Kemahiran Menimang Bola Sepak (Perempuan B12)

ZOOL MIFZAL IMAN BIN ZOOL HELMEY AMRI (SMK Kuala Nerang)
- NAIB JOHAN Kemahiran Kreatif Bola sepak (Lelaki B18)

MUHAMMAD ALIF IRFAN BIN MUHAMAD YAZIED (SK Tualak)
- KEEMPAT Kemahiran Kreatif Bola sepak (Lelaki B12)

Ketiga-tiga pemain dari Daerah Padang Terap ini akan mewakili Negeri Kedah ke Peringkat Kebangsaan (MSSM). Mudah-mudahan mereka berjaya menempatkan diri dikalangan peserta terbaik diperingkat MSSM. InsyaAllah

Read more...

Wednesday, September 22, 2021

Pertandingan Sepak Penalti Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Padang Terap

SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

1  TARIKH & TEMPAT
1.1 Kejohanan ini akan dilaksanakan pada 9 Oktober 2021 (Sabtu).
1.2 Lokasi pertandingan adalah di Stadium Mini Padang Terap.

2  FORMAT KEJOHANAN
2.1 Pasukan diundi dalam Lapan (8) kumpulan. Di mana setiap kumpulan dianggotai oleh empat (4) pasukan, Pusingan pertama dimainkan secara liga dalam kumpulan. Pusingan kedua dijalankan mengikut format Kalah Singkir.

3 KELAYAKAN PESERTA
3.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja yang berumur 18 Tahun ke atas dalam Daerah Padang Terap.
3.2 Semua peserta adalah dikalangan individu yang telah lengkap2 dos vaksinasi (14 hari selepas suntikan Dos kedua).
3.3 Pihak penganjur mensasarkan 32 buah pasukan sahaja.

4 PENDAFTARAN
4.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dikehendaki menyumbangkan yuran pertandingan sebanyak RM 30.00 (RINGGIT MALAYSIA : TIGA PULUH RINGGIT SAHAJA).

5 HADIAH KEJOHANAN
5.1 Johan = Piala Kejohanan, Medal, Sijil & Tunai 
5.2 Naib Johan = Medal, Sijil & Tunai 
5.3 Ketiga = Medal, Sijil & Tunai 
5.4 Keempat = Medal, Sijil & Tunai 
5.5 Semua penyertaan akan diberi eSijil Hari Sukan Negara 2021

6 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
6.1)Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 6 pemain (minima 5 pemain). Sekiranya salah seorang pemain tidak hadir, maka penjaga gol boleh mengambil tendangan.
6.2)Sekiranya 2 orang pemain tidak hadir, maka pasukan tesebut HILANG 1 sepakan penalti, dan seterusnya.
6.3)Setiap pemain yang didaftarkan adalah dikalangan Individu yang telah divaksin 2 dos (selepas 14 hari suntikan Dos kedua).
6.4)Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.
6.5)Setiap pasukan perlu melantik seorang Ketua Pasukan @ Pengurus dalam kalangan pemain yang didaftarkan.
6.6)Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan & kasut yang sesuai semasa pertandingan.
6.7)Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.
6.8)Sekiranya seri pada pusingan Kalah singkir. Sepakan penalti “suddent death” dilaksanakan. Sekirangan masih seri selepas 2 sepakan “sudent death”, maka kaedah lentingan syiling dilalkukan. Dimana pasukan yang menang lentingan syiling akan memilih sama ada untuk menendang atau bertahan. Jika jaringan dapat dilakukan, pasukan tersebut akan dikira sebgai pemenang, namun jika jaringan tidak dapat dilakukan pasukan yang bertahan akan dikira sebagai pemenang

7. KELOLAAN PERTANDINGAN
7.1) Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, dengan kerjasama KN Kiara Football Club.
7.1) Sekiranya pihak pengelola mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak pengelola berhak MEMBATALKAN penyertaan pasukan berkenaan dari menyertai pertandingan ini. 
7.2) Pihak pengelola berhak mengubahsuai peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar. Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh pihak pengelola. 

Muat turun dokumen pertandingan sila klik pada link di bawah :

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP