Perasmian 4 unit Bangku Pemain Simpanan telah disempurnakan oleh En Omar bin Eting, Timbalan PPD Pembangunan Murid PPD Padang Terap, pada 9 September 2020 (Rabu). Empat unit Bangku Pemain Simpanan Bola Sepak ini di sumbangkan oleh pihak KELAB BOLASEPAK KN KIARA (KN KIARA FOOTBALL CLUB).
Pihak KN Kiara FC berbincang denga Pihak MDPT & Pejabat Belia dan Sukan berkaitan pengurusan Mini Stadium Kuala Nerang dan agenda baikpulih Mini Stadium. Pihak KN Kiara FC bersetuju untuk mengambil alih pengurusan Mini Stadium Kuala Nerang di bawah seliaan KN Kiara Football Club.
Pengurusan Mini Stadium Kuala Nerang ini akan memudahkan Pihak KN Kiara Football Club untuk menjalankan pelbagai program pembangunan bola sepak akar umbi khususnya di Kawasan Daerah Padang Terap ini.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
Pada 9 OGOS 2020 (Sebelum 11.59 mlm)
KATEGORI :-
a) Kategori Bawah 12 (Tahun 6)
b) Kategori Bawah 11 (Tahun 5)
c) Kategori Bawah 10 (Tahun 3&4)
SYARAT BILANGAN TIMBANGAN MINIMA
Bawah 12 = 14 timbangan ke atas
Bawah 11= 12 timbangan ke atas
Bawah10 = 10 timbangan ke atas
Anda perlu merakam video Timbangan Anda dan hantar rakaman video tersebut.
HADIAH UNTUK SIRI 2 (Setiap kategori)
JOHAN = Tunai RM15 + Medal + Sijil
NAIB JOHAN = Tunai RM10 + Medal + Sijil
KETIGA = Tunai RM5 + Medal + Sijil
KEEMPAT : Medal + Sijil
KELIMA : Medal + Sijil
Sekian Terima Kasih
KN KIARA FOOTBALL CLUB
Read more...
Video ini adalah modul latihan kendiri buat semua pemain B12 di musim PKP ini. Semoga pemain-pemain khususnya pemain Akademi Bola Sepak SKPT & KN KIara Football Club dapat melakukan latihan kendiri di rumah masing-masing.
Terima kasih buat Coach fairus & Coach Izzat atas kesudian untuk menunjuk cara latihan kendiri Bola Sepak B12 ini.
Video Toturial ini menerangkan langkah-langkah bagaimana untuk mendaftar sebagai sebuah badan sukan yang sah di laman web Sistem Pengurusan Badan Sukan (eROSA).
Semoga video tutorial ini dapat membantu para rakan-rakan penggait sukan untuk mendaftar badan sukan anda sebagi sebuah badan sukan yang sah.
Sebelum mendaftar secara online pihak persatuan/kelab menyediakan beberapa perkara & menyiapkan dokumen keperluan, iaitu antaranya :-
a) Perlu mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penaja
- Melantik Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan/Kelab
- Menyiapkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penaja.
b) Draf Perlembagaan Persatuan / Kelab (dibentang & dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Penaja)
c) Surat kebenaran menggunakan alamat Badan Sukan, sekiranya kita menggunakan sekolah sebagai alamat badan sukan kita.
d) Maklumat Peribadi setiap Ahli Jawatankuasa yang dilantik.
- Nama. No. KP, Alamat, Pekerjaan, No Telefon. Tempat Lahir, Pekerjaan, Nama Majikan, Alamat Majikan dan lain-lain.
Semua Dokumen di atas rakan-kan boleh muat turun pada blog KN KIARA FOOTBALL CLUB (www.knkiarafc.blogspot.com)
Untuk melahirkan ramai bakat pemain bola sepak yang berkualiti dan konsistan
MISI KN KIARA FC
Untuk mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatkan kuantiti dan kualiti pemain dalam memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap Khususnya.