Wednesday, September 22, 2021

Pertandingan Sepak Penalti Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Padang Terap

SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

1  TARIKH & TEMPAT
1.1 Kejohanan ini akan dilaksanakan pada 9 Oktober 2021 (Sabtu).
1.2 Lokasi pertandingan adalah di Stadium Mini Padang Terap.

FORMAT KEJOHANAN
2.1 Pasukan diundi dalam Lapan (8) kumpulan. Di mana setiap kumpulan dianggotai oleh empat (4) pasukan, Pusingan pertama dimainkan secara liga dalam kumpulan. Pusingan kedua dijalankan mengikut format Kalah Singkir.

3 KELAYAKAN PESERTA
3.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja yang berumur 18 Tahun ke atas dalam Daerah Padang Terap.
3.2 Semua peserta adalah dikalangan individu yang telah lengkap2 dos vaksinasi (14 hari selepas suntikan Dos kedua).
3.3 Pihak penganjur mensasarkan 32 buah pasukan sahaja.

4 PENDAFTARAN
4.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dikehendaki menyumbangkan yuran pertandingan sebanyak RM 30.00 (RINGGIT MALAYSIA : TIGA PULUH RINGGIT SAHAJA).

5 HADIAH KEJOHANAN
5.1 Johan = Piala Kejohanan, Medal, Sijil & Tunai 
5.2 Naib Johan = Medal, Sijil & Tunai 
5.3 Ketiga = Medal, Sijil & Tunai 
5.4 Keempat = Medal, Sijil & Tunai 
5.5 Semua penyertaan akan diberi eSijil Hari Sukan Negara 2021

6 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
6.1)Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 6 pemain (minima 5 pemain). Sekiranya salah seorang pemain tidak hadir, maka penjaga gol boleh mengambil tendangan.
6.2)Sekiranya 2 orang pemain tidak hadir, maka pasukan tesebut HILANG 1 sepakan penalti, dan seterusnya.
6.3)Setiap pemain yang didaftarkan adalah dikalangan Individu yang telah divaksin 2 dos (selepas 14 hari suntikan Dos kedua).
6.4)Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.
6.5)Setiap pasukan perlu melantik seorang Ketua Pasukan @ Pengurus dalam kalangan pemain yang didaftarkan.
6.6)Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan & kasut yang sesuai semasa pertandingan.
6.7)Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.
6.8)Sekiranya seri pada pusingan Kalah singkir. Sepakan penalti “suddent death” dilaksanakan. Sekirangan masih seri selepas 2 sepakan “sudent death”, maka kaedah lentingan syiling dilalkukan. Dimana pasukan yang menang lentingan syiling akan memilih sama ada untuk menendang atau bertahan. Jika jaringan dapat dilakukan, pasukan tersebut akan dikira sebgai pemenang, namun jika jaringan tidak dapat dilakukan pasukan yang bertahan akan dikira sebagai pemenang

7. KELOLAAN PERTANDINGAN
7.1) Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, dengan kerjasama KN Kiara Football Club.
7.1) Sekiranya pihak pengelola mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak pengelola berhak MEMBATALKAN penyertaan pasukan berkenaan dari menyertai pertandingan ini. 
7.2) Pihak pengelola berhak mengubahsuai peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar. Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh pihak pengelola. 

Muat turun dokumen pertandingan sila klik pada link di bawah :

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP