Friday, September 24, 2021

Tahniah 3 peserta MSSD Padang Terap yang berjaya di peringkat MSSK

TAHNIAH & SYABAS buat peserta MSSD Padang Terap yang telah berjaya di Peringkat MSS Kedah dalam Pertandingan Kemahiran Bola Sepak (Individu) Secara Dalam Talian 2021.

NUR QAISARA INARAH BT MOHAMAD TARMIZI (SK Tandop Besar)
- JOHAN Kemahiran Menimang Bola Sepak (Perempuan B12)

ZOOL MIFZAL IMAN BIN ZOOL HELMEY AMRI (SMK Kuala Nerang)
- NAIB JOHAN Kemahiran Kreatif Bola sepak (Lelaki B18)

MUHAMMAD ALIF IRFAN BIN MUHAMAD YAZIED (SK Tualak)
- KEEMPAT Kemahiran Kreatif Bola sepak (Lelaki B12)

Ketiga-tiga pemain dari Daerah Padang Terap ini akan mewakili Negeri Kedah ke Peringkat Kebangsaan (MSSM). Mudah-mudahan mereka berjaya menempatkan diri dikalangan peserta terbaik diperingkat MSSM. InsyaAllah

Read more...

Wednesday, September 22, 2021

Pertandingan Sepak Penalti Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Padang Terap

SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

1  TARIKH & TEMPAT
1.1 Kejohanan ini akan dilaksanakan pada 9 Oktober 2021 (Sabtu).
1.2 Lokasi pertandingan adalah di Stadium Mini Padang Terap.

FORMAT KEJOHANAN
2.1 Pasukan diundi dalam Lapan (8) kumpulan. Di mana setiap kumpulan dianggotai oleh empat (4) pasukan, Pusingan pertama dimainkan secara liga dalam kumpulan. Pusingan kedua dijalankan mengikut format Kalah Singkir.

3 KELAYAKAN PESERTA
3.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja yang berumur 18 Tahun ke atas dalam Daerah Padang Terap.
3.2 Semua peserta adalah dikalangan individu yang telah lengkap2 dos vaksinasi (14 hari selepas suntikan Dos kedua).
3.3 Pihak penganjur mensasarkan 32 buah pasukan sahaja.

4 PENDAFTARAN
4.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dikehendaki menyumbangkan yuran pertandingan sebanyak RM 30.00 (RINGGIT MALAYSIA : TIGA PULUH RINGGIT SAHAJA).

5 HADIAH KEJOHANAN
5.1 Johan = Piala Kejohanan, Medal, Sijil & Tunai 
5.2 Naib Johan = Medal, Sijil & Tunai 
5.3 Ketiga = Medal, Sijil & Tunai 
5.4 Keempat = Medal, Sijil & Tunai 
5.5 Semua penyertaan akan diberi eSijil Hari Sukan Negara 2021

6 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
6.1)Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 6 pemain (minima 5 pemain). Sekiranya salah seorang pemain tidak hadir, maka penjaga gol boleh mengambil tendangan.
6.2)Sekiranya 2 orang pemain tidak hadir, maka pasukan tesebut HILANG 1 sepakan penalti, dan seterusnya.
6.3)Setiap pemain yang didaftarkan adalah dikalangan Individu yang telah divaksin 2 dos (selepas 14 hari suntikan Dos kedua).
6.4)Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.
6.5)Setiap pasukan perlu melantik seorang Ketua Pasukan @ Pengurus dalam kalangan pemain yang didaftarkan.
6.6)Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan & kasut yang sesuai semasa pertandingan.
6.7)Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.
6.8)Sekiranya seri pada pusingan Kalah singkir. Sepakan penalti “suddent death” dilaksanakan. Sekirangan masih seri selepas 2 sepakan “sudent death”, maka kaedah lentingan syiling dilalkukan. Dimana pasukan yang menang lentingan syiling akan memilih sama ada untuk menendang atau bertahan. Jika jaringan dapat dilakukan, pasukan tersebut akan dikira sebgai pemenang, namun jika jaringan tidak dapat dilakukan pasukan yang bertahan akan dikira sebagai pemenang

7. KELOLAAN PERTANDINGAN
7.1) Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, dengan kerjasama KN Kiara Football Club.
7.1) Sekiranya pihak pengelola mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak pengelola berhak MEMBATALKAN penyertaan pasukan berkenaan dari menyertai pertandingan ini. 
7.2) Pihak pengelola berhak mengubahsuai peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar. Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh pihak pengelola. 

Muat turun dokumen pertandingan sila klik pada link di bawah :

Read more...

Tuesday, September 21, 2021

Pertandingan Timang Bola Sepak Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Padang Terap.

 SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

1.  TARIKH & KAEDAH PERLAKSANAAN
1.1 Peserta perlu muat naik Video Timangan pada laman facebook masing-masing mulai 1 Oktober hingga 9 Oktober 2021. 
1.2 Semasa muat naik Video di facebook, Peserta perlu memasukkan NAMA & HASHTAG #towardssportingnation2030   #hsn2021   #hsnpadangterap   #hsnhibrid pada post facebook tersebut.
1.3 Peserta perlu membuat PENDAFTARAN & memasukkan LINK @ PAUTAN Video Timangan Facebook pada Link Google Form berikut :- https://forms.gle/gFfyNgJ2hyt2tA868

2. KATEGORI PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori :-
2.1.1 Kategori Umur 13 – 17 Tahun 
2.1.2 Kategori 18 Tahun ke-atas

3 HADIAH PERTANDINGAN
3.1 Hadiah diberikan kepada pemenang tempat PERTAMA hingga KESEPULUH bagi setiap kategori.
3.2 Hadiah Medal & e-Sijil Penyertaan Hari Sukan Negara 2021

4 SYARAT PERTANDINGAN
4.1 Peserta dinilai dari jumlah timbangan sahaja.
4.2 Jumlah timbangan tertinggi akan dikira sebagai pemenang
4.3 Timbangan hanya menggunakan bahagian kaki, peha dan kepala sahaja.
4.4 Setiap satu timbangan, kaki perlu menyentuh lantai semula. Sekiranya peserta membuat timbangan 2 @ lebih tanpa meletakkan kaki ke lantai, maka hanya 1 timbangan sahaja akan diambil kira, tetapi tidak batal. 
4.5 Tempoh timbangan tidak melebihi 60 saat. Timbangan selepas 60 saat tidak di ambil kira. 
4.6 Kiraan akan bermula pada sentuhan pertama pada bahagian kaki hingga 60 saat.
4.7 Timbangan selepas bola jatuh dan menyentuh lantai/rumput atau & selepas tempoh 60 saat tidak akan diambil kira.
4.8 Timbangan yang meyentuh bahagian tangan (bahu ke hujung jari) adalah terbatal. 
4.9 Sekiranya berlaku seri, perbezaan timbangan kiri dan kanan di ambil kira (Perbezaan paling rendah dikira pemenang).

Terbuka kepada semua penduduk Daerah Padang Terap yang berumur 13 tahun ke atas.

Untuk muat turun Syarat & Peraturan Pertandingan sila klik ke SYARAT PENYERTAAN TIMANG BOLA 

Dianjurkan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, dengan kerjasama KN Kiara Football Club

Read more...

Sunday, September 5, 2021

YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Menteri Pembangunan Luar Bandar)

 Tahniah buat YB Dato Seri Mahdzir bin Khalid (Ahli Parlimen Padang Terap) atas perlantikan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP