Tuesday, June 23, 2020

Toturial Cara Pendaftaran Badan Sukan Secara Online



Video Toturial ini menerangkan langkah-langkah bagaimana untuk mendaftar sebagai sebuah badan sukan yang sah di laman web Sistem Pengurusan Badan Sukan (eROSA).

Semoga video tutorial ini dapat membantu para rakan-rakan penggait sukan untuk mendaftar badan sukan anda sebagi sebuah badan sukan yang sah.

Sebelum mendaftar secara online pihak persatuan/kelab menyediakan beberapa perkara & menyiapkan dokumen keperluan, iaitu antaranya :-

a) Perlu mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penaja
- Melantik Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan/Kelab
- Menyiapkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penaja.

b) Draf Perlembagaan Persatuan / Kelab (dibentang & dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Penaja)

c) Surat kebenaran menggunakan alamat Badan Sukan, sekiranya kita menggunakan sekolah sebagai alamat badan sukan kita.

d) Maklumat Peribadi setiap Ahli Jawatankuasa yang dilantik.
- Nama. No. KP, Alamat, Pekerjaan, No Telefon. Tempat Lahir, Pekerjaan, Nama Majikan, Alamat Majikan dan lain-lain.

Semua Dokumen di atas rakan-kan boleh muat turun pada blog KN KIARA FOOTBALL CLUB (www.knkiarafc.blogspot.com)


Read more...

Monday, June 22, 2020

Cara Pendaftaran Badan Sukan Secara Online


UNTUK MUAT TURUN CONTOH DOKUMEN YANG PERLU ADA SEBELUM MEMBUAT PENDAFTARAN SECARA ONLINE :-
(Sila Klik pada dokumen di bawah) 

1. Contoh Minit Mesyuarat Penaja
2. Contoh Senarai Maklumat Ahli Jawatankuasa Penaja 
3. Contoh Perlembagaan Persatuan / Kelab 
4. Contoh Surat Kebenaran Menggunakan Alamat Sekolah


Untuk membuat pendaftaran secara online 
sila ke laman web 
Sistem Pengurusan Badan Sukan (eRosa).
Anda boleh KLIK ke alamat di bawah
https://erosa.kbs.gov.my.


Sumbangan Dana Pembangunan Kelab

VIDEO TOTURIAL 
CARA MENDAFTAR BADAN SUKAN SECARA ONLINE 
Sila Klik

Read more...

Tuesday, June 9, 2020

CABARAN TIMBANG BOLA DI RUMAH PERINGKAT MSSD PADANG TERAP 2020 (B11 & B12)

Anjuran : PPD Padang Terap & KN Kiara Football Club

1. PENDAHULUAN.
Memandangkan Negara kita dilanda wabak virus covid-19 pihak kerajaan telah mengarahkan sesi persekolahan ditangguhkan serta segala program sukan juga ditangguhkan.

Dalam pada kita sebagai warga pendidik berdepan dengan cabaran baharu gaya belajar dan berkerja, guru dan pelajar masing-masing perlu mengubah set minda. Para Guru & jurulatih sukan mesti lebih kreatif dan inovatif demi memastikan tugasan PdP da program sukan berjalan sebaiknya. Pelajar pula sudah tentu perlu berusaha keras dengan cabaran atas talian ini. COVID-19 bukan alasan untuk kita terus mengeluh.

Sehubungan itu pihak PPD Padang Terap dan Kelab Bola Sepak KN Kiara berusaha mewujudkan program “CABARAN TIMBANG BOLA DI RUMAH” PERINGKAT MSSD PADANG TERAP 2020” (KATEGORI BAWAH 12 & BAWAH 11 TAHUN)

2. OBJEKTIF
2.1 Untuk meningkatkan kemahiran mengawal timbangan bola yang merupakan salah satu elemen kemahiran yang perlu ada pada setiap pemain bola sepak yang berkualiti.
2.2 Membentuk semangat kerjasama dan hubungan baik diantara sesama pemain, jurulatih, guru-guru, Ibubapa dan ahli masyarakat
2.3 Mencungkil dan mengilap bakat pemain dalam permainan bola sepak
2.4 Membentuk pemain yang berdisiplin serta berdaya saing dalam arena sukan bola sepak.
2.5 Mengenalpasti bakat untuk diketengahkan bagi membentuk pasukan B12 MSSD Padang Terap 2021.

3. SASARAN
3.1 Semua murid yang berumur bawah 12 Tahun & bawah 11 Tahun dari seluruh sekolah di dalam Daerah Padang Terap

4. PERLAKSANAAN PROGRAM
4.1) Pertandingan melibatkan 2 kategori iaitu Kateori Bawah 11 Tahun & Bawah 12 Tahun
4.2) Murid-murid Merakam Video Timbangan Bola di halaman rumah masing-masing.
4.3) Rakaman Video tersebut perlu dihantar secara online iaitu melalui Group WhatsApp (https://chat.whatsapp.com/GzfED05ZMFOLZYWadBiZqd)
4.4) Timbangan hanya melibatkan anggota badan iaitu kaki, lutut, paha da kepala sahaja. Bahagian lain tidak dikira timbangan tetapi tidak terbatal.
4.5) Cabaran Timbang bola bermula 14 Jun 2020 dan tarikh tutup adalah 30 JUN 2020.

5. HADIAH PEMENANG
5.1 Hadiah yang ditawarkan kepada para peserta untuk setiap kategori Bawah 12 Tahun & Bawah 11 Tahun)
JOHAN : Piala, Wang Tunai RM30 & Sijil Pemenang
NAIB JOHAN : Piala, Wang Tunai RM20 & Sijil Pemenang
KETIGA : Piala, Wang Tunai RM10 & Sijil Pemenang
KEEMPAT & KELIMA : Piala & Sijil Pemenang

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP